HomeUtamaCuaca panas : Tiga kawasan di Sabah dikategorikan pada tahap berjaga-jaga

Cuaca panas : Tiga kawasan di Sabah dikategorikan pada tahap berjaga-jaga

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Tiga kawasan di Sabah dilaporkan mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga yang boleh mencecah suhu sehingga 37 darjah celcius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, antara kawasan  terlibat di Sabah adalah  di Tuaran, Tenom dan Beaufort.

Cuaca panas tahap berjaga-jaga turut dilaporkan berlaku di Sarawak iaitu di kawasan Limbang.

Selain itu, beberapa kawasan di Semenanjung turut dilaporkan mengalami cuaca sama tahap berjaga-jaga antaranya Perlis, Kedah (Pulau Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Yan, Kuala Muda, Timur Laut, Kulim, Bandar Baharu, Sik, Baling dan Padang Terap) dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta).

Selain itu, Gua Musang, Kelantan dan Raub, Pahang juga merupakan dua kawasan yang mengalami cuaca panas tahap satu setakat jam 4.30 petang hari ini.

Dalam pada itu, satu kawasan dilaporkan berada pada tahap kedua iaitu gelombang haba di Pokok Sena, Kedah.

Tahap gelombang haba itu boleh mencapai suhu maksimum harian yang melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mengetahui maklumat terkini status cuaca panas harian. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Yang Dipertua Dewan Negara meninggal dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular