HomeUtamaMajlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan di SICC, Kota Kinabalu, 20...

Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan di SICC, Kota Kinabalu, 20 April ini

Read Time:1 Minute, 30 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah akan menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan pada 20 April 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Majlis ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor serta Menteri Perpaduan Negara,
Datuk Aaron Ago Dagang.

Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 adalah platform untuk semua rakyat Malaysia
tanpa mengira latar belakang, berkumpul dengan semangat perpaduan dalam suasana harmoni.

Perayaan Aidilfitri telah menjadi satu perayaan yang
menyatukan hati dan merapatkan ikatan dalam kalangan masyarakat
Malaysia.

Tradisi rumah terbuka, di mana masyarakat dari pelbagai latar belakang budaya dan agama berkumpul untuk berkongsi kebahagiaan dan keceriaan, telah menjadi satu kebiasaan yang diwarisi dari generasi ke generasi.

Justeru, Aaron Ago berkata, sambutan Aidilfitri yang bertemakan ‘Perpaduan Melalui Perayaan’ ini menonjolkan keindahan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

“Sambutan ini wajar dijadikan sebagai alat penyatuan seluruh Bangsa Malaysia serta
dijadikan sebagai teras perpaduan yang merupakan kunci utama kepada
keharmonian rakyat dan negara.

“Perpaduan dan kepelbagaian kaum, budaya serta
kepercayaan agama di Malaysia adalah aset penting yang perlu dipelihara dan
dipertahankan oleh semua rakyat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa majlis ini menandakan bermulanya
Jelajah Kembara Perpaduan sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 yang akan disambut pada bulan Mei ini.

Katanya, pelbagai pengisian menarik turut diadakan sempena Jelajah Kembara Perpaduan@ Sambutan Aidilfitri MADANI ini seperti Pameran Rumah KAMI merangkumi 12 buah rumah etnik, pameran alat muzik,
tarian dan permainan tradisional serta persembahan artis terkenal tanah air.

Sehubungan itu, Kementerian Perpaduan Negara bersama Kerajaan Negeri Sabah
mengalu-alukan kehadiran semua rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Negeri Sabah pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan pada 20 April 2024 ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan ini boleh melayari laman sosial
Kementerian Perpaduan Negara.

RELATED ARTICLES
Utama

Empat wanita warga Filipina mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya