HomePendapatPelaksanaan model subsidi bersasar beri impak positif yang besar kepada Sabah

Pelaksanaan model subsidi bersasar beri impak positif yang besar kepada Sabah

Read Time:7 Minute, 56 Second

1.        Pada bulan lepas, Menteri Ekonomi Malaysia di laporkan berkata bahawa Kerajaan Malaysia sedang mempertimbangkan pemberian subsidi bersasar dalam bentuk pindahan tunai secara bulanan kepada rakyat Malaysia. Untuk tujuan tersebut, Kerajaan Malaysia telah membangunkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi mengumpul data terkini rakyat Malaysia.

2.        Selepas tamat tempoh masa pendaftaran pada 31 Mac 2024, sistem PADU telah berjaya mendaftarkan sejumlah 11.55 juta rakyat Malaysia, iaitu 52.6% daripada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

3.        Maklumat yang di perolehi oleh sistem PADU di jangka dapat membantu Kerajaan Malaysia melaksanakan program bantuan kepada rakyat secara lebih tersusun dan bersasar, untuk mencapai matlamat yang di kehendaki.Dengan itu, Kerajaan Malaysia dapat mengoptimumkan perbelanjaan dan mengurangkan pembaziran serta ketirisan.

4.        Cadangan subsidi bersasar secara pemberian tunai ini adalah selaras dengan pengumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Belanjawan 2024, di mana Kerajaan Malaysia akan menstruktur model subsidi pukal ketika ini kepada model subsidi bersasar.

5.        Di bawah model subsidi pukal, subsidi kerajaan di serap terus atau di satukan bersama harga barangan di pasaran. Dengan subsidi tersebut, harga barangan yang terlibat akan ‘terkawal’ dan tidak melambung tinggi. Ini membolehkan pembeli, terutamanya golongan berpendapatan rendah, membeli barangan berkenaan pada harga mampu-milik.

6.        Namun begitu, model subsidi pukal membolehkan semua pembeli menikmati subsidi yang di sediakan oleh Kerajaan Malaysia, tanpa mengira tahap pendapatan dan status kerakyatan. Ini bermakna golongan bukan sasaran, seperti orang berpendapatan tinggi dan bukan warganegara Malaysia, turut menikmati subsidi tersebut. Tambahan lagi, ianya juga merancakkan aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi di kawasan sempadan negara.

Maka, berlakulah pembaziran serta ketirisan subsidi yang merugikan negara, dan menjadi bebanan besar kepada kewangan negara.

7.        Setiap tahun, Kerajaan Malaysia membelanjakan jumlah yang sangat besar bagi menyediakan pelbagai bentuk subsidi untuk kesejahteraan rakyat. Ini termasuklah subsidi untuk: petroleum, minyak masak, elektrik, tepung, ayam dan telur.

8.        Pada Oktober 2023, Perdana Menteri Malaysia di laporkan berkata bahawa Kerajaan Malaysia menjangkakan jumlah subsidi akan mencecah RM 81 billion untuk tahun 2023, di mana subsidi ayam dan telur sahaja mencecah RM 3.8 billion.

9.        Menurut data Kementerian Kewangan Malaysia, jumlah subsidi kerajaan menunjukkan peningkatan, terutamanya subsidi petrol, diesel dan LPG, yang telah meningkat 78% dalam tempoh 4 tahun (tahun 2018 – 2021). Malah subsidi petrol, diesel dan LPG merupakan komponen terbesar subsidi negara, merangkumi 80% daripada jumlah keseluruhan subsidi pada tahun 2021.

Unjuran subsidi untuk tahun 2022 jika harga bersubsidi serta harga pasaran minyak, arang batu dan komoditi lain kekal pada paras semasa

10.      Di bawah Belanjawan 2024, subsidi kerajaan di jangka berjumlah RM 53 billion, iaitu 17% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus/ operating expenditure Kerajaan Malaysia. Jumlah yang besar ini semestinya tidak mampan untuk jangka masa panjang, dan tidak boleh di tanggung secara berterusan oleh Kerajaan Malaysia.

Sumber : The Star

11.      Justeru itu, usaha Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan model subsidi bersasar adalah tepat pada masanya, memandangkan kekangan kewangan yang di hadapi oleh Kerajaan Malaysia ketika ini. Cadangan pelaksanaan model subsidi bersasar ini sudah di cetuskan untuk tempoh yang lama. Namun begitu, ianya tidak di laksanakan kerana sebab-sebab yang tidak di ketahui.

Dengan wujudnya sistem PADU yang memiliki data terkini rakyat Malaysia, pelaksanaan model subsidi bersasar boleh menjadi realiti dalam masa terdekat.

12.      Menggunakan data sistem PADU tersebut, pemberian subsidi bersasar dalam bentuk pindahan tunai secara bulanan akan dapat mencapai golongan sasaran dengan lebih tepat dan menyeluruh, yang benar-benar layak dan berhak menerima bantuan kerajaan. Ini juga dapat mengelakkan ada rakyat Malaysia yang tercicir dari mendapat bantuan kerajaan. Pemberian subsidi bersasar sebegini sudah pasti akan meringankan bebanan kos sara hidup yang di pikul oleh rakyat Malaysia.

13.      Tambahan lagi, model subsidi bersasar juga di jangka dapat menghasilkan penjimatan perbelanjaan Kerajaan Malaysia dengan mengelakkan pembaziran dan ketirisan. Seterusnya, penjimatan berkenaan boleh di salurkan untuk mempercepatkan program pembangunan negara, seperti: meningkatkan pengurusan keselamatan negara, memperkukuh agenda keterjaminan makanan/ food security negara, menambah-baik infrastruktur dan kelengkapan sekolah.

14.      Di dalam konteks Sabah, pelaksanaan model subsidi bersasar sudah pasti akan memberi impak positif yang besar kepada Sabah. Ini kerana masih ramai rakyat Sabah berpendapatan rendah dan berada di bawah paras kemiskinan. Penjimatan subsidi juga boleh di salurkan untuk pembangunan Sabah yang sudah lama terpinggir dari arus pembangunan negara.

15.      Sebagai contoh. Pada Ogos 2023, Ketua Menteri Sabah di laporkan berkata bahawa seramai 799,782 orang di Sabah telah mendapat bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berjumlah RM 696.3 juta. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah program bantuan Kerajaan Malaysia untuk rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan bagi menangani cabaran kos sara hidup.

16.      Di samping itu, Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) bagi Suku Ketiga 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), menunjukkan bahawa kadar penengah/ median upah bulanan pekerja di Sabah ialah RM 1,800.

Ini jauh lebih rendah dari kadar penengah/ median upan bulanan negara (RM 2,600), dan meletakkan Sabah di tangga ke-3 terendah di Malaysia.

17.      Malah, kadar penengah upah bulanan RM 1,800 berkenaan meletakkan ramai rakyat Sabah di bawah kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) di Sabah:

  • Pendapatan Garis Kemiskinan:
    • Bandar: RM 2,706 sebulan
    • luar bandar: RM 2,795 sebulan
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan:
    • Bandar: RM 1,180 sebulan
    • Luar bandar: RM 1,275 sebulan

18.      Pada masa yang sama, Sabah mempunyai populasi bukan warganegara yang tinggi, di mana ramai tidak memiliki dokumen yang sah/ undocumented. Menteri Dalam Negeri Malaysia pernah di laporkan berkata terdapat lebih satu juta penduduk tanpa dokumen/ undocumented di Sabah.

19.      Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2022, jumlah penduduk Sabah ialah 3.39 juta orang, merangkumi: warganegara (2.654 juta orang: 78%) dan bukan warganegara (0.736 juta orang: 22%). Malah, dua daerah di Sabah merekodkan majoriti penduduknya bukan warganegara: Kinabatangan (78%) dan Kalabakan (67%).

20.      Tanpa dokumen yang sah, penduduk bukan warganegara berkenaan sukar untuk mendapat pekerjaan tetap, yang boleh memberikan pendapatan yang mencukupi secara konsisten. Justeru itu, ramai di kalangan mereka hidup di dalam penjara kemiskinan, umpama kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang.

21.      Oleh kerana itu, kuasa membeli/ purchasing power penduduk bukan warganegara adalah lebih rendah berbanding dengan rakyat Sabah. Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan purata perbelanjaan isi rumah bulanan oleh penduduk bukan warganegara di Sabah adalah RM 2,156, berbanding RM 3,668 oleh penduduk warganegara di Sabah.

Sumber: Laporan Sosioekonomi Sabah 2022 (Jabatan Perangkaan Malaysia)

22.      Maka, tidak mengejutkan daerah-daerah yang merekodkan peratusan tinggi penduduk bukan warganegara, seperti Tongod (35%), Beluran (47%), Lahad Datu (33%), Kinabatangan (78%), turut merekodkan peratusan kemiskinan yang tinggi.

23.      Untuk sekian lama, di bawah model subsidi pukal, penduduk bukan warganegara berkenaan sama-sama menikmati manfaat subsidi kerajaan, seperti rakyat Sabah. Dengan jumlah mereka yang ramai, ketirisan subsidi kerajaan sebegini melibatkan nilai yang besar. Malah, mereka juga menikmati kemudahan infrastruktur awam seperti air, secara haram tanpa bayaran. Ini menjejaskan kesejahteraan rakyat Sabah dan meletakkan bebanan kewangan kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Sabah.

24.      Apabila cadangan model subsidi bersasar di laksanakan dengan pemberian tunai bulanan kepada rakyat Sabah, penduduk bukan warganegara berkenaan tidak lagi dapat menikmati subsidi kerajaan.

Persoalannya: apakah kesan kepada mereka?

25.      Apabila subsidi kerajaan tidak lagi di satukan dengan harga barangan di bawah model subsidi bersasar, besar kemungkinan harga barangan terbabit akan meningkat. Rakyat Sabah boleh menampung kenaikan harga barangan tersebut dengan mengguna-pakai pemberian tunai yang di terima terus dari Kerajaan Malaysia. Oleh itu, rakyat Sabah di jangka tidak akan mengalami kesan yang besar dengan kenaikan harga barangan tersebut.

26.      Sebaliknya, tanpa pendapatan yang mencukupi ketika ini serta tidak akan menerima pemberian tunai seperti rakyat Sabah, peningkatan harga barangan terbabit sudah pasti akan menyebabkan penduduk bukan warganegara berkenaan menghadapi kos sara hidup yang lebih mencabar.

Seterusnya, apa boleh jadi?

27.      Berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat, kesejahteraan hidup penduduk bukan warganegara akan terus merosot, dari tahap kesejahteraan yang sudahpun rendah dengan serba kekurangan. Di dalam situasi ini, ramai bakal mengalami lebih kesukaran meletakkan makanan di meja/ put food on the table, serta mendapatkan bekalan makanan berkhasiat yang mencukupi.

28.      Desakan hidup ini boleh memaksa segelintir mereka terjebak dengan jenayah sebagai sumber pendapatan. Apabila kes jenayah meningkat, ianya akan mengugat keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah. Jika tidak di tangani secara efektif, ianya akan memberi persepsi negatif kepada Sabah, serta menakutkan rakyat Sabah, pelabur dan pelancong. Akhirnya ekonomi Sabah akan terjejas, dan rakyat Sabah akan sengsara.

29.      Justeru itu, di bawah pelaksanaan model subsidi bersasar, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Sabah wajar meneliti keperluan penduduk bukan warganegara berkenaan. Ini bukan sahaja untuk memastikan kebajikan penduduk bukan warganegara masih terjaga, selaras dengan prinsip ehsan kemanusiaan/ humanitarian. Tetapi juga untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah tidak tergugat.

30.      Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera.

RELATED ARTICLES
Pendapat

Masalah generasi muda perlu pendekatan menyeluruh, merentasi seluruh agensi Kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya