HomeEkonomiQSB sedia jalin kerjasama dengan pelabur luar negara

QSB sedia jalin kerjasama dengan pelabur luar negara

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu :  Qhazanah Sabah Berhad (QSB) sentiasa mengalu-alukan mana-mana syarikat dari luar yang ingin bekerjasama untuk melabur di negeri ini.

Pengerusi QSB Datuk Dr Yusof Yacob berkata, QSB juga bersedia untuk berunding bagi menjalin bentuk kerjasama yang sesuai.

“Samada ada pelabur dari China, Singapura dan negara lain, QSB bersedia untuk berunding dan berbincang apakah bentuk kerjasama yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan daripada Delegasi Ahli Perniagaan daripada Global Confederation of Belt and Road Economic Cooperation di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Delegasi peniaga dari Singapura dan China ini diketuai Setiausaha Agung yang juga Naib Presiden Konfedarasi itu, Xu Feng dan Pengerusi Eksekutif Chris Chan.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Invest Sabah Berhad George Wong dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QSB Rudy Jaglul.

Mengulas kunjungan itu, Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin berkata, mereka terdiri daripada kumpulan ahli perniagaan Singapura dan China dibawah Global Confederation of Belt and Road Economic Cooperation.

Katanya, mereka ini terdiri daripada 98 usahawan dan ahli perniagaan pelbagai industri yang bersedia melabur dan menjalin kerjasama dengan QSB.

“Kita alu-alukan ketibaan mereka dan bebincang mengenai kerjasama. Namun demikian kita kena selesaikan beberapa isu asas iaitu kordinasi dengan Sabah Invest Berhad dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerajaan negeri yang lain supaya tidak bertindih agar memberi impak baik kepada negeri Sabah supaya ada matlamat tertentu akan tercapai melalui pelaburan.

“Sifat pelabur ini adalah apakah mereka melabur atau memiliki atau membantu. Ini menjadi beberapa aspek perlu diambil kira dan dipertimbang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya