HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di atas...

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di atas air

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah tidak membenarkan pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) dibina di atas air, tebing sungai dan pantai.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Samad Jambri @ Jamri berkata, ini kerana ianya mempunyai risiko keselamatan nyawa khususnya kepada penerima bantuan Rumah Mesra SMJ.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Karamunting dan Dewan Yang Mulia ini, KPLB Sabah masih kekal dengan ketetapan asal, bahawa tiada kebenaran bagi pembinaan Rumah SMJ di atas air, tebing sungai dan pantai.

“Ini kerana ianya mempunyai risiko keselamatan nyawa kepada penerima bantuan Rumah Mesra SMJ  serta kos pembinaan melebihi kos siling yang diperuntukkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Hiew Vun Zin (Gagasan Rakyat – Karamunting) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasneh berkata, Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) akan meneruskan cadangan untuk membangunkan pembangunan komersil di atas tanah LPPB di Pekan Melalap. 

Isnin Aliasneh

Katanya, pihak LPPB telah membuat pengiklanan melalui laman sesawang LPPB dan menjemput beberapa syarikat pemaju untuk membangunkan tanah kepada projek komersil dan setakat ini belum ada syarikat yang berminat untuk menjalin usahasama bagi membangunkan tanah tersebut.

“Untuk makluman, semasa kerajaan terdahulu, pihak LPPB telah menerima cadangan pembangunan untuk lot-lot kedai secara usahasama daripada sebuah syarikat. Walau bagaimanapun, perundingan tersebut tidak diteruskan oleh syarikat berkenaan.

“Pihak Kementerian sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan daripada Ahli Yang Berhormat Melalap sekiranya ada cadangan pembangunan atau rakan usahasama yang difikirkan sesuai untuk membangunkan tanah tersebut dan mengemukakannya kepada Kementerian ini atau terus kepada pihak LPPB untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jabatan Perhutanan perlu terus tingkatkan kutipan hasil hutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya