HomeUtamaProgram 'Education For Us' mampu perkasa peranan PIBG

Program ‘Education For Us’ mampu perkasa peranan PIBG

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu:  Penganjuran Program Education For Us: Taklimat Pembugaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mampu memperkasa peranan persatuan itu di semua sekolah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, program itu amat bermakna khusus buat warga sekolah dan komuniti yang merupakan pemegang taruh dalam pembangunan dan kemenjadian murid.

“PIBG ditubuhkan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah masing-masing.

“Selain itu, PIBG juga berperanan membantu dan mempertingkatkan usaha pihak sekolah untuk memenuhi keperluan-keperluan fizikal murid dalam kegiatan mereka sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.

“Program hari ini sangat baik dan saya berharap dapat dimanfaatkan terutama oleh PIBG dalam memperkasa anak-anak dalam bidang pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program berkenaan di Auditorium Jabatan  Kebudayaan  dan Kesenian Negara (JKKN), di sini semalam.

Arifin juga berharap agar melalui program tersebut, kerjasama antara PIBG, pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah dapat dieratkan lagi demi kepentingan murid-murid.

Dalam pada itu, Arifin menyeru kepada semua PIBG untuk terus memanfaatkan Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS) yang disediakan oleh kerajaan negeri.

“Setiap tahun, sebanyak RM2,000 dengan peruntukan RM2 juta diberikan kepada setiap PIBG bagi membantu pelaksanaan aktiviti-aktiviti dan saya berharap agar semua PIBG dapat memanfaatkan bantuan ini,” tambahnya.

Seramai lebih 80 wakil PIBG daripada sekolah-sekolah sekitar Kota Kinabalu mengambil bahagian dalam program sehari anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu itu.

Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Suhaimi Matshah, Timbalan-timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan Focal Person Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Mohammad Arif Tun Sakaran.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya