KOTA KINABALU: U Mobile, pembekal perkhidmatan mudah alih dan digital yang juga pemenang pelbagai anugerah, telah melancarkan kedainya yang pertama di Malaysia Timur, terletak di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, hari ini.
Pelancaran ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat telekomunikasi itu untuk meluaskan capaian dan meningkatkan libat urus bersama pelanggan di Sabah.
Kedai khidmat lengkap itu akan menyediakan pelanggan dengan pelbagai tawaran U Mobile dan pengalaman digital mudah alih, seperti sudut permainan eksklusif untuk pelanggan menguji kehebatan kuasa 5G U Mobile.
Selain itu, pelanggan boleh datang ke kedai untuk melanggan mana- mana pelan U Mobile, seperti pelan prabayar dan pascabayar U Borneo, melihat peranti 5G terkini untuk pilihan ‘bundling’, mengaktifkan eSIM, membuat pemindahan pelan internet sambil mengekalkan nombor semasa, atau menukar pelan kadar mereka.
Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Navin Manian berkata, U Mobile teruja untuk melancarkan kedai pertamanya di Malaysia Timur iaitu di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah.
“Kedai ini hanyalah sebahagian daripada rancangan keseluruhan kami untuk meluaskan fokus dan jejak kami di Malaysia Timur, supaya lebih ramai pelanggan boleh menikmati tawaran terbaik daripada U Mobile dari segi perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif kami yang disokong oleh Rangkaian 5G No. 1 di Malaysia,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sempena pelancaran kedai yang baharu ini, 250 orang pelanggan pertama yang mendaftar untuk pembelian peranti yang digabungkan dengan U Postpaid Borneo 68, U Postpaid 68 atau U Postpaid 98 akan layak mendapat rebat sehingga RM120, serta hadiah-hadiah menarik yang lain (sementara stok masih ada). Promosi ini bermula dari 26 April 2024 dan berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Bagi meraikan perkembangan ini, U Mobile turut menganjurkan Cara U Sabah Fest, iaitu pesta selama tiga hari yang menampilkan budaya dan bakat Sabah yang hebat seperti penyanyi Stacy Anam, duta U Mobile untuk Malaysia Timur yang akan memperkenalkan sebuah lagu baharu bertajuk “Cara U”.
Selain Stacy, Cara U Sabah Fest juga akan menampilkan artis seperti Andi Bernadee, ISOBAHTOS, Estranged, K Clique, serta penampilan oleh para pemain Sabah FC, permainan MLBB dan Dota 2, permainan VR interaktif dan pengalaman mudah alih yang membolehkan peserta merasai kelebihan kuasa SG U Mobile.
Para pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah seperti peranti 5G terkini, topi edisi terhad dan banyak lagi. Cara U Sabah Fest akan berlangsung mulai 26-28 April 2024, 10am -10pm bertempat di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu. Masuk adalah percuma.
Untuk maklumat lanjut, layari www.u.com.my/CaraUSabah