HomeUtamaPihak berkaitan digesa pantau, selenggara tangki air, salur bekalan air bersih -...

Pihak berkaitan digesa pantau, selenggara tangki air, salur bekalan air bersih – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Aset-aset khususnya tangki-tangki air di bawah selenggaraan pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) digesa agar sentiasa memantau keadaan aset-aset tersebut dengan baik bagi menyalur bekalan air bersih kepada pengguna.

Ini berikutan tular di media sosial tangki air yang berkarat tidak diselenggara dengan baik dan membekalkan air kotor dan tercemar di salah satu kawasan perumahan baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri lll merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, video yang tular itu bukan di Sabah namun kemungkinan ianya boleh berlaku di negeri ini sekiranya tangki-tangki air tidak diselenggara dengan baik oleh pihak-pihak berkaitan.

“Justeru, pihak Jabatan Air diminta agar sentiasa menjalankan kawalan secara berkala terhadap tangki-tangki air ini, namun demikian kita perlu membezakan kategori aset-aset yang secara langsung di bawah Jabatan Air atau aset-aset air yang dimiliki oleh individu atau juga pihak pengurusan kawasan perumahan.

“Ini memerlukan kerjasama yang jitu diantara pelbagai pihak yang menggunakan syarat-syarat yang sebenarnya ada yang dikenakan tapi mungkin ada satu kelemahan dalam budaya penyelenggaraan kita,” katanya semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Datuk Ir Shahelmey Yahya di Dewan Sri Putatan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shahelmey turut memaklumkan bekalan air terawat yang dihasilkan di loji-loji rawatan air JANS semuanya adalah selamat dan menepati piawaian seperti yang ditetapkan.

Shahelmey bersalaman dengan orang ramai semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Dewan Sri Putatan di sini, hari ini.
Wan Azizah bersama Juliah turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Turut hadir memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri itu isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Isteri Ketua Menteri Sabah Datin Seri Juliah Salag, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dan menteri-menteri persekutuan dan negeri lain.

Kira-kira 7,000 orang tetamu hadir pada majlis tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular