HomeUtamaSudah Lama 'Jatuh Cinta' Dengan Sabah - Dr Wan Azizah

Sudah Lama ‘Jatuh Cinta’ Dengan Sabah – Dr Wan Azizah

Read Time:57 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU — Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau sudah lama ‘jatuh cinta’ dengan Sabah yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan hospitaliti penduduknya.

Sambil mengajak pelancong asing serta tempatan datang melihat serta merasai sendiri apa yang ditawarkan Negeri di Bawah Bayu itu, beliau berkata makanan laut yang lazat merupakan antara selalu dicubanya ketika berada di negeri ini.

Beliau berkata laut luas membiru dan Gunung Kinabalu merupakan antara permandangan yang paling disukai kerana memberikan ketenangan dan kegembiraan buat dirinya.

“Saya suka ambil gambar, jadi laut dan Gunung Kinabalu yang cantik ini antara yang saya suka ambil jadikan kenang-kenangan. Orang Sabah juga banyak suku kaum yang unik. 

“Dalam kita menyuburkan pelancongan, jangan kita lupa untuk menjaga alam sekitar dan warisan kita ini. Jangan hanya promosi sahaja, semua ini harus juga kita jaga dan kekalkan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Persekutuan Perubatan Sukan Asia ke-18 dan Persidangan Perubatan Sukan dan Sains Sukan Institut Sukan Negara Kelapan di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

RELATED ARTICLES
Utama

26 peserta sertai kursus SDG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular