HomeUtama2,300 lepasan universiti disasar sertai Program PROTEGE Projek Lebuh Raya Pan Borneo...

2,300 lepasan universiti disasar sertai Program PROTEGE Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah menyasarkan seramai 2,300 orang lepasan universiti dan mahasiswa menyertai program di bawah Professional and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) di bawah pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, program di bawah Sektor Lebuhraya Pan Borneo Sabah itu sehingga kini telah disertai seramai 393 peserta.

“JKR Sabah di bawah Sektor Lebuhraya Pan Borneo Sabah menyasarakan sebanyak 2,300 penyertaan di bawah pelaksanaan projek tersebut menjelang tahun 2028 dan menggalakkan lepasan mahasiswa terutamya di dalam bidang teknikal untuk menyertai program tersebut.

“Pihak JKR Sabah telah melaksanakan program tersebut di bawah penglibatan pihak Juruperunding Pengurusan Projek, Konsultan Rekabentuk dan juga Kontraktor – kontraktor di bawah projek Lebuhraya Pan Borneo.

“Ini terdiri daripada empat juruperunding dan juga 15 kontraktor pakej kerja di seluruh Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena Majlis Sambutan Aidilfitri PMC- HSS Integrated Sdn Bhd dan Ramah Mesra JKR Sabah Bersama Media-Projek Lebuhraya Panborneo Sabah di sini.

Shahelmey berkata, antara kekangan yang di hadapai oleh pihak pelaksana projek adalah di sebabkan oleh lepasan mahasiswa yang tidak berminat untuk di tempatkan di kawasan luar bandar.

Katanya, ini di sebabkan oleh lokasi pejabat tapak pembinaan yang jauh di pedalaman selain daripada kekurangan lepasan jurusan teknikal daripada universiti tempatan.

“Dalam usaha untuk terus mecapai sasaran 100 peratus di bawah pelaksanaan projek tersebut, pihak JKR Sabah dan pihak pelaksana projek telah mewujudkan seketariat utama di bawah Projek Management Konsultan bagi memastikan penglibatan program PROTEGE berjalan dengan lancar.

“Selain daripada itu, pihak JKR Sabah juga turut mengambil penglibatan dengan menyertai pameran kerjaya dengan agensi agensi kerjaan seperti PERKESO,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Kaamatan boleh dikenali diperingkat Kebangsaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular