HomeIsu tempatanMaritim Malaysia gagalkan cubaan seludup PATI

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup PATI

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kudat : Cubaan memasuki Malaysia secara haram gagal apabila dua buah bot pancing ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sini petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, dua buah bot ronda dari Zon Maritim Kudat yang dalam operasi telah mengesan dua bot pancing yang mencurigakan di sekitar perairan Kudat.

Katanya, ia adalah hasil maklumat perisikan yang diperolehi dan bantuan pengesanan oleh Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) SabahMaritim Malaysia.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot tersebut membawa seramai 43 orang termasuk wanita dan kanak-kanak dalam lingkungan usia dua hingga 55 tahun.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 35 orang disyaki warganegara Filipina mempunyai dokumen pengenalan diri meragukan, manakala lapan lagi warga tempatan.

“Bot pertama ditahan di kedudukan 7.6 batu nautika dari Tanjung Simpang Mangayau, manakala bot kedua ditahan di kedudukan 6.6 batu nautika dari Pulau Kalutan, Balambangan. Kedua-dua bot tersebut disyaki bergerak dari Pulau Tawi- Tawi menuju ke Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Maurice berkata, kes disiasat dibawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

Katanya, Zon Maritim Kudat menyeru kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di Kudat untuk sama-sama membantu Maritim Malaysia dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tiga kompaun dikeluarkan ke atas premis hiburan langgar peraturan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular