HomeUtamaLetusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Cuaca Penerbangan (Significant Meteorological Information, SIGMET) kepada operator penerbangan berikutan debu gunung berapi di Gunung Ruang Sulawesi Indonesia yang meletus semula dijangka memasuki ruang udara Malaysia.

Ketua Pengarah MET Malaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, debu berkenaan boleh mengganggu operasi penerbangan di dalam Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR) Kota Kinabalu.

Katanya, debu gunung berapi yang terbentuk itu boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.

“Berdasarkan model trajektori daripada National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), debu gunung berapi ini dijangka akan memasuki ruang udara negara dan memberi kesan signifikan sepanjang tempoh ramalan sehingga 5 Mei ini.

“MET Malaysia bertanggungjawab melaksanakan pemantauan aktiviti pergerakan debu gunung berapi ini secara berterusan dan akan mengemas kini maklumat berkenaan dan mengeluarkan Amaran Cuaca Penerbangan, sekiranya perlu,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Helmi berkata, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial.

Terdahulu, Gunung Ruang, di Sulawesi Utara berketinggian 725 meter dari paras laut telah meletus semula pada awal pagi hari ini. 

Ketinggian letusan yang dicerap adalah mencapai 63,000 kaki (20km). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Umat Islam dinasihatkan tunai zakat tanpa kerisauan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular