HomeIsu tempatanKOJASA Holdings rancang tawar diskaun kepada penjawat awam

KOJASA Holdings rancang tawar diskaun kepada penjawat awam

Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu:   KOJASA Holdings Berhad merancang untuk menawarkan diskaun istimewa ke atas pembelian barang keperluan asas kepada penjawat awam di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Sim Fui berkata, rancangan tersebut merupakan inisiatif syarikatnya untuk mengurangkan beban kakitangan awam khususnya  golongan B40 dalam aspek kos sara hidup.

“Kita pun akan mengadakan satu program khas yang memberi kelebihan untuk kakitangan kerajaan supaya mereka boleh mendapat keuntungan untuk kumpulan B40 kerana golongan ini bukan saja orang awam tetapi merangkumi kakitangan kerajaan juga.

“Ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk membantu kumpulan B40 supaya dapat berbelanja dengan beberapa diskaun bila membeli di KOJASA Mart melalui aplikasi sebab sekarang ini lebih menuju kepada pemasaran digital.

“Jadi, inilah kita salah satu inisiatif yang baru kepada KOJASA Holdings Berhad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini.

Sim Fui berkata, syarikat terbabit juga memperkenalkan beberapa barang keperluan asas yang dikeluarkan KOJASA Holdings Berhad yang dijual dengan harga murah seperti air mineral, minyak masak, beras dan sebagainya.

“Ini bertujuan supaya dapat memperkembangkan jenama KOJASA sebab ini merupakan produk kerajaan Sabah. Jadi, inilah tujuan kunjungan ini supaya boleh membantu memperluaskan jenama ini kepada rakyat Sabah.

“Jika dibandingkan dengan harga produk swasta, harga produk KOJASA lebih murah. Kita juga akan memperkenalkan (produk) dengan rekaan terbaru kerana kita menuju kepada (kegiatan eksport). Jadi, produk ini lebih rapi dan boleh dieksport untuk menaikkan jenama KOJASA,” katanya

Dalam pada itu, Sim turut menjelaskan hasrat KOJASA Holding Berhad untuk memperluaskan lagi jenama KOJASA dalam kalangan rakyat Sabah.

Tambahnya, program tersebut dapat membantu golongan berkenaan memperoleh diskaun untuk setiap pembelian barang di KOJASA Mart dengan menerusi aplikasi khusus yang disediakan pihaknya.

KOJASA Holding Berhad ditubuhkan pada tahun 1978 dan merupakan salah satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bernaung di bawah Qhazanah Sabah Berhad.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pekerja pasang kabel besi di Sg Ulu Segama, dikhuatiri lemas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular