HomeIsu tempatanDBKK raih anugerah 'Asean Clean Tourist City Standards' kali ketiga

DBKK raih anugerah ‘Asean Clean Tourist City Standards’ kali ketiga

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sekali lagi dianugerahi Asean Clean Tourist City Standards Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2024-2026.

Pengiktirafan itu diterima buat kali ketiga selepas DBKK menerima anugerah yang sama pada 2018-2020 dan 2020-2022. 

Anugerah itu telah disampaikan Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Masliza Che Omar kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK, Robert B. Lipon yang mewakili Datuk Bandar Kota Kinabalu, di Cyberjaya Isnin lalu.

DBKK dalam kenyataan berkata, Standard Pelancongan ASEAN adalah satu ketetapan piawaian oleh negara ASEAN bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dalam industri pelancongan serantau.

Ini adalah selaras dengan Pelan Pelancongan Strategik ASEAN 2016-2025 ke arah menjadikan ASEAN sebagai destinasi unggul di peringkat antarabangsa.

“Kejayaan DBKK merangkul anugerah ini adalah berdasarkan pematuhan semua kriteria penilaian ASEAN Clean Tourist City Standard.

“Ia adalah merupakan piawaian serta panduan utama kepada semua negara ASEAN dalam menyediakan penyampaian perkhidmatan pelancongan yang berkualiti dan berprestasi tinggi,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

Pihak MOTAC menjalankan sesi penilaian untuk anugerah berkenaan pada Ogos 2023.

Dalam pada itu, Sabin menerima penyerahan Sijil Anugerah Asean Clean Tourist City Standards di sini hari ini. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KPJ Sabah laksana program amal di Rumah Sabah Cheshire

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular