HomeIsu tempatanKo-Nelayan, UMS jalin kolaborasi bangun produk makanan hiliran

Ko-Nelayan, UMS jalin kolaborasi bangun produk makanan hiliran

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu: Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan (Ko-Nelayan) menjalin kolaborasi dengan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam pembangunan produk makanan hiliran berasaskan hasil-hasil laut.

Kolaborasi itu dijalin menerusi satu majlis menandatangani ‘Letter of Intent’ (LoI) yang diadakan semalam di ibu pejabat Ko-Nelayan, Wisma Pertanian di sini.

Ko-Nelayan dalam satu kenyataan berkata, objektif kolaborasi itu adalah untuk membangunkan produk makanan hiliran yang berasaskan hasil-hasil laut selain menyumbang kepada pembangunan industri hiliran perikanan.

“Selain itu, kolaborasi ini juga adalah bagi memastikan sumber laut dapat dinilai tambah serta sekuriti makanan terjamin, membangunkan produk inovatif, memperbaiki produk sedia ada, meningkatkan imej jenama serta daya saing produk.

“Akhir sekali, ia adalah bagi memastikan produk memenuhi permintaan dan sesuai dengan tren kesihatan semasa,” menurut kenyataan itu di sini.

Antara produk-produk yang akan dibangunkan ialah biskut, mi rumpai laut dan bahan perasa daripada hasil-hasil laut.

LoI itu ditandatangani Pengurus Besar Ko-Nelayan  Yusof Ag. Besar, dan Dekan Fakultri Sains Makanan dan Pemakanan, UMS Profesor Madya Ts. Dr. Hasmadi Mamat. – SABAH MEDIA / FOTO Ko-Nelayan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pekerja pasang kabel besi di Sg Ulu Segama, dikhuatiri lemas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular