HomeUtamaGaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember

Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember

Read Time:1 Minute, 13 Second

Putrajaya : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan mengumumkan skim gaji penjawat awam dinaikkan lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024.

Katanya, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara.

“Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum kenaikan itu lebih tinggi daripada 13 peratus.

“Maka kita akan laksanakan lebih 13 peratus peratus kenaikan mulai 1 Disember tahun ini, sebab saya sudah berjanji,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Sambutan Hari Pekerja 2024 bertemakan Pekerja Kesuma Bangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ni.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kenaikan gaji penjawat awam itu akan melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.

Katanya, ini termasuk pendapatan menyeluruh penjawat awam meliputi gaji dan elaun tetapi mesti melebihi RM2,000 sebulan bermula tahun ini.

“Pada masa ini, jumlah pendapatan minimum, meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam sedia ada adalah RM1,795 sebulan. Di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan, Kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Kerajaan Sabah dan Sarawak telah bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.

Katanya, RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang. – FOTO BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Jual paku simen 20 sen sebatang, peniaga warga asing terima notis...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular