HomeUtamaSiap sedia hadapi kemungkinan banjir - Ruslan

Siap sedia hadapi kemungkinan banjir – Ruslan

Read Time:1 Minute, 0 Second

Beaufort : Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) khususnya persatuan belia di negeri ini turut memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat setempat khususnya melibatkan musibah atau bencana.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, persatuan-persatuan beliau juga boleh menjalin kerjasama dengan pihak pemimpin setempat seperti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Kita melihat dalam beberapa hari ini, situasi hujan sentiasa turun khususnya di Beaufort dan kita berharap melalui persatuan belia ini, mereka akan turut dapat bekerjasama membantu masyarakat setempat.

“Ini kerana kita lihat persatuan belia ini ada dimana-mana kampung, jadi bukan sahaja kepada JKKK dan KRT di peringkat kampung tetapi belia itu pun ada sebenarnya di peringkat kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama Gabungan Persatuan Belia bahagian Pedalaman Bawah dan beberapa jabatan serta agensi lain di sini semalam.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, masyarakat khususnya di daerah ini perlu sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi segala kemungkinan banjir sekiranya hujan berterusan.

“Hujan berterusan ini akan menyebabkan banjir dan apabila berlaku banjir beberapa jalan raya akan terputus.  Saya juga harap penduduk yang terlibat dapat menyediakan bekalan mencukupi sekiranya berlaku kecemasan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Agong, Raja Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular