HomeUtamaKerajaan bakal perkenal kaedah Penjawat Awam lembap,malas tidak dapat kenaikan gaji -...

Kerajaan bakal perkenal kaedah Penjawat Awam lembap,malas tidak dapat kenaikan gaji – PM

Read Time:56 Second

GEORGETOWN — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang melihat kepada prestasi kerja dan kecekapan penjawat awam sama ada mereka berhak menerima kenaikan gaji.

Katanya ini bagi memastikan kenaikan gaji tidak berlaku secara automatik sepenuhnya dengan kenaikan yang lazimnya mengikut tahun perkhidmatan ada ketikanya turut membabitkan penjawat awam bermasalah.

“Berhubung pengumuman kenaikan gaji ada pembangkang yang pertikai itu tidak usah kita kira kerana pemilihan (kenaikan gaji) itu berdasarkan prestasi.

@sabahmediaofficial

Kerajaan perkenal kaedah penjawat awam malas, lembab tidak dapat kenaikan gaji – PM #malaysiamadani

♬ original sound – sabahmediaofficial – sabahmediaofficial

“Sekarang ini umpamanya ikut tahun kadang-kadang orang itu lembab bekerja, tak hadir, ada masalah disiplin terus dinaikkan gaji secara automatik, kita nak ingatkan ia (kenaikan gaji) tidak automatik (sepenuhnya).

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Tapak Pesta, Sungai Nibong hari ini,

Menurutnya kenaikan gaji yang tertinggi dalam sejarah negara itu harus dinikmati secara adil justeru kaedah atau mekanisme yang sesuai harus dipertimbangkan bagi mencapai hasrat tersebut.

“Tidak adil orang bekerja bertungkus-lumus dapat kenaikan, orang yang malas lembab pun dapat kenaikan cara automatik jadi harus diberikan pertimbangan itu,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Nurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular