HomeUtamaWarga emas suami isteri maut dalam kemalangan jalan raya

Warga emas suami isteri maut dalam kemalangan jalan raya

Read Time:59 Second

BEAUFORT: Sepasang warga emas suami isteri maut terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 25, Jalan Beaufort – Sipitang petang tadi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata, kes kemalangan maut itu melibatkan pertembungan antara dua buah kenderaan jenis Toyota Unser dan Perodua Myvi yang berlaku di Kilometer 25, Jalan Beaufort- Sipitang sekitar jam 2 petang tadi (5 Mei).

“Pemandu Perodua Myvi seorang lelaki berumur 69 tahun dan isterinya berumur 64 tahun dari Kg Lingkungan, telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 2.50 petang oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Beaufort,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku semasa Perodua Myvi dari Sipitang menuju ke Beaufort dan tiba di lokasi kejadian kenderaan telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Unser.

“Pemandu Toyota Unser seorang lelaki berumur 69 dan isterinya 65 tahun mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Beaufort menggunakan Ambulan.

“Manakala pemandu Perodua Myvi dan isterinya mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian telah dibawa ke Hospital Beaufort dengan menggunakan kenderaan PDRM.

“Kes disiasat di bawah Sek. 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Nurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular