HomeUtamaSabah FC juara Piala SMJ 2024

Sabah FC juara Piala SMJ 2024

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC berjaya menjuarai kejohanan Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2024 selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 dalam aksi perlawanan akhir di Stadium Likas malam ini.

Dengan kemenangan itu, Sabah berjaya membawa pulang hadiah berjumlah RM15,000 dan piala kejohanan, manakala KL City FC sebanyak RM10,000.

Gol tunggal Sabah FC dijaringkan pemain import Ramon Machado menerusi sepakan penalti pada minit ke-63.

Terdahulu, pada aksi perlawanan itu, Sabah FC cuba mendapatkan gol awal menerusi percubaan Daniel Ting pada minit ke-3 namun sepakannya tersasar ketepi gawang KL City FC.

Penyerang import Sabah FC Ramon Machado cuba untuk mendapatkan gol pertama pada minit ke-16 bagaimanapun percubaannya berjaya ditolak keluar penjaga gol KL City FC Muhammad Azri Ab Ghani.

Pasukan pelawat berjaya dihadiahkan sepakan percuma pada minit ke-21 namun sepakan ketua pasukan Paulo Josue terus ke dakapan penjaga gol Sabah FC Mohamad Ramzi Mustakim.

Dua minit berselang Paulo sekali lagi dikecewakan Ramzi apabila sepakan percumanya berjaya diselamatkan pada minit ke-23.

Pada sebelah petang tadi,  Kuching City FC berjaya menewaskan  pasukan dari Singapura Hougang United FC dengan jaringan 2-0.

Gol-gol Kuching City FC dijaringkan Mohd Alauddin Farid pada minit ke-18 dan Jordan Minta pada minit ke-43.

Dengan kemenangan itu, Kuching City FC berjaya menduduki tempat ketiga kejohanan dan membawa pulang hadiah sebanyak RM5,000 manakala Hougang United FC membawa pulang hadiah RM3,000.

Hadiah disampaikan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Kassim Razali. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Nurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular