HomeIsu tempatanPeserta Sugandoi, golongan muda diseru pelihara, promosi budaya Kaamatan

Peserta Sugandoi, golongan muda diseru pelihara, promosi budaya Kaamatan

Read Time:1 Minute, 12 Second

Tamparuli : Peserta Sugandoi Kaamatan dan golongan muda diseru untuk memelihara dan mempromosi kebudayaan Kaamatan, serta memastikan warisan kaum Kadazan Dusun terus hidup dan berkembang dalam kalangan generasi masa hadapan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, golongan kanak-kanak serta belia yang menyertai pertandingan Sugandoi harus menjadi sebahagian daripada penyumbang kelestarian budaya dan bahasa ibunda mereka sendiri agar tidak lenyap ditelan zaman.

“Justeru, saya menyeru kepada mereka yang bertanding, bukan hanya setiap kali menjelang Pesta Kaamatan, tetapi teruskanlah untuk mempelajari dan menghayati keunikan bahasa ibunda kita sendiri agar identiti budaya serta bahasa kita sentiasa terpelihara, dan tidak hilang ditelan zaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran, di Dewan Masyarakat Tun Hamdan, di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, dan Penolong Pegawai Daerah (ADO) Pejabat Daerah Kecil Tamparuli merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Sugandoi Peringkat Daerah Tuaran, Herman Tunggiging.

Jahid yang juga Timbalan Presiden KDCA, berkata, selain menyerlahkan bakat nyanyian, dan menjadi ruang mengeratkan silaturrahim, pertandingan Sugandoi seharusnya dijadikan sebagai platform memperkukuhkan kelestarian warisan budaya tempatan.

“Sekiranya golongan muda mempelajari serta mempraktikkan bahasa ibunda di dalam kehidupan mereka, susah tentu identiti bangsa Kadazan Dusun pasti terpelihara.

“Atagak Boros, Atagak No Tinaru . Jika hilang bahasa kita, maka bangsa kita juga akan perlahan-lahan lenyap tanpa diwarisi,” katanya.

Keputusan semalam menyaksikan Scholastica Ann memenangi hadiah sebagai Juara Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran bagi Kategori Terbuka.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular