HomeSukanSSA peroleh kedudukan ke -11 kategori Production Divison, IPSC RMP 2024

SSA peroleh kedudukan ke -11 kategori Production Divison, IPSC RMP 2024

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Menembak Sabah (SSA) memperoleh kedudukan ke-11 daripada 48 pasukan yang bertanding dalam kategori Production Divison di Kejohanan Menembak Terbuka Polis Diraja Malaysia (IPSC RMP) 2024 Level lll anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 29 April hingga 5 Mei 2024 yang berlangsung di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Putrajaya.

Pasukan SSA diwakili Jeson Yong, Carlson Cassey Alipin, Vincent Yong Tet Ean dan Isagani Campo Jr.

Sementara itu, Naib Presiden SSA yang juga pengasas IPSC Sabah, Stephen Yong berkata, keputusan yang diperolehi pasukan SSA yang diketuai Jeson Yong itu adalah satu pencapaian yang terbaik buat SSA.

“Saya bangga, keputusan yang diperolehi merupakan satu pencapaian yang baik buat SSA. Jeson dan ahli-ahli pasukan berusaha sendiri bermula dari mencari penaja dan mengadakan program-program latihan sehinggalah empat dari mereka mendapat tempat semasa acara pemilihan pasukan dan terpilih untuk mewakili Sabah ke IPSC RMP 2024 di Putrajaya.

“Namun demikian, untuk keputusan individu, saya fikir mereka perlu lebih banyak latihan lagi dan mengalu-alukan generasi muda turut serta dalam sukan menembak ini.

“Sebenarnya SSA banyak mengadakan aktiviti Sukan Menembak Junior. Setakat ini kita mempunyai 50 ahli penembak junior di Sabah,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Tambah beliau lagi, beliau memilih Jeson selaku ketua pasukan adalah pilihan yang tepat.

“Saya merancang untuk mengadakan aktiviti-aktiviti dan menjemput jurulatih-jurulatih berbakat untuk melatih ahli-ahli SSA ini.

“Saya berharap, visi, pilihan dan kepercayaan saya pada Jeson Yong adalah tepat dan berharap beliau dapat memberikan perkhidmatan lebih baik di IPSC Sabah akan datang.

“Saya juga berharap akan ramai lagi dari SSA turut serta dalam kejohanan itu nanti,” ujar beliau lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Nurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular