HomeIsu tempatanLebih 1,500 pengunjung meriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri DBKK

Lebih 1,500 pengunjung meriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri DBKK

Read Time:1 Minute, 52 Second

Kota Kinabalu:  Lebih 1,500 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di sini semalam.

Majlis yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu itu turut dihadiri Yang di-Pertua negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah berkata, penganjuran majlis seumpama itu dilihat mampu menjadi wadah bagi mengeratkan lagi silaturahim.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah

Katanya, majlis itu juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan bukan sahaja di kalangan kakitangan dan pegawai DBKK, malahan hubungan dengan semua masyarakat di sekitar Kota Kinabalu. 

“Program hari ini kita menjemput orang ramai untuk datang berhari raya bagi mengeratkan lagi hubungan bukan sahaja di antara kakitangan DBKK, pegawai persekutuan dan negeri tetapi juga dengan penduduk dan orang ramai yang berada di sekitar Kota Kinabalu.

“Kita sebenarnya menganggarkan lebih kurang 1,500 orang tetamu sahaja, tetapi seperti yang kita lihat dari masa ke semasa orang ramai datang keluar masuk dewan ini. 

“Mereka ini datang, dan selepas menjamu selera mereka beredar kemudian tetamu yang baru pula akan masuk beraya menjadikan jumlah anggaran yang hadir pada hari ini mencecah dua ribu orang,” katanya.

Beliau yang juga pengerusi penganjur bagi majlis tersebut turut berpuas hati dengan penganjuran DBKK untuk sambutan aidilfitri kali ini dengan kehadiran tetamu melebihi sasaran.

“Saya cukup berpuas hati dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini,” katanya.

Pada majlis itu, Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah menyampaikan sumbangan duit raya kepada 20 orang anak asnaf dari Rumah Anak Kesayangan Sabah (RAKS) Sembulan.

Majlis yang bermula seawal 10 pagi itu menyaksikan kehadiran tetamu yang ramai dengan disajikan jamuan hari raya yang beraneka jenis sambil dihiburkan dengan persembahan artis tempatan.

Antaranya, persembahan oleh Juara Bintang RTM 2016 Rosario Bianis bersama warga DBKK dan persembahan khas Setiausaha Perhubungan kepada TYT Datuk Rashid Mohd Tahir yang mendendangkan lagu “Seloka Hari Raya” nyata menghiburkan para tetamu.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Kadzim M. Yahya, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ariffin Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular