HomeUtamaPerbezaan, kepelbagaian budaya tidak halang rakyat tingkat semangat perpaduan

Perbezaan, kepelbagaian budaya tidak halang rakyat tingkat semangat perpaduan

Read Time:1 Minute, 30 Second

Putrajaya : Penganjuran pertandingan Sugandoi sempena Pesta Kaamatan membuktikan perbezaan dan kepelbagaian budaya bukan halangan untuk rakyat meningkatkan semangat perpaduan dan kekeluargaan dalam kalangan masyarakat.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, lirik lagu yang dinyanyikan dalam pelbagai bahasa atau dialek tidak menjadi halangan untuk masyarakat memahami adat dan budaya suku dan etnik yang ada di negara ini.

“Perkara ini merupakan kunci kepada kehidupan masyarakat berbilang kaum yang dinamik dan progresif, serta perlu dikekalkan demi keamanan dan keharmonian penduduk di negara ini.

“Oleh sebab itu, kita sebagai ‘orang Sabah’ perlu menjadi contoh terbaik dalam menggalakkan perpaduan antara kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Sugandoi dan Konsert Spirit of Sabah anjuran KDCA Putrajaya di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya di sini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Pengerusi KDCA Putrajaya merangkap Pengerusi Penganjur Pesta Kaamatan KDCA Putrajaya 2024.

Ellron berkata, penganjuran mini konsert kebudayaan yang dianjurkan dengan kerjasama Spirit of Sabah (SOS) yang menampilkan artis tempatan Sabah selain bakat-bakat baharu memberi peluang untuk lebih dikenali oleh masyarakat.

Beliau turut berharap, dengan adanya acara seperti itu, ianya mampu untuk mengembangkan lagi industri muzik agar dapat menembusi industri ‘mainstream’ terutamanya di Semenanjung Malaysia.

“Justeru itu, saya berasa sangat bertuah pada malam ini kerana dapat melihat bakat-bakat baharu yang terdiri daripada ramai anak muda yang akan menonjolkan kepelbagaian persembahan kebudayaan dan kesenian tradisi yang dipilih daripada tidak kurang lebih 35 etnik dan 217 sub-etnik di negeri Sabah.

“Saya amat percaya dan yakin bahawa penganjuran program sebegini merupakan salah satu cara terbaik bagi meneruskan tradisi kebudayaan dan kesenian, serta dapat menjadi menjadi kunci dalam memelihara hubungan silaturahim sesama kita.

“Kepelbagaian budaya tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melihat perbezaan, tetapi ia adalah suatu kekuatan yang perlu diteruskan demi generasi akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Nurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular