HomeIsu tempatanTiga gerai jual makanan rosak dihempap pokok

Tiga gerai jual makanan rosak dihempap pokok

Read Time:45 Second

SEMPORNA: Tiga buah gerai menjual makanan rosak akibat dihempap sebatang pokok di Taman Sempaul dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Semporna Madzlan Sarman berkata, sepasukan bomba terdiri daripada tujuh anggota dari BBP Semporna dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.58 pagi (5 Mei).

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan Bomba mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap tiga buah gerai.

“Kerosakan melibatkan khemah jenis kanopi termasuk barangan jualan makanan siap masak seperti kuih muih dan nasi bungkus.

“Pasukan Bomba bertindak memotong dahan pokok menggunakan gergaji berantai dan seterusnya dialihkan,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Madzlan, semasa kejadian keadaan adalah hujan dan terdapat penjual di setiap gerai tersebut, namun mereka semuanya terselamat dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.24 pagi setelah memastikan tiada keberbahayaan lain di lokasi kejadian itu,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular