HomeUtamaKlinik Mesra Remaja beri penekanan kesejahteraan remaja secara menyeluruh

Klinik Mesra Remaja beri penekanan kesejahteraan remaja secara menyeluruh

Read Time:1 Minute, 46 Second

Penampang : Klinik Mesra Remaja atau lebih dikenali sebagai Klinik CARE4U mula dibuka dan beroperasi di Klinik Kesihatan Penampang di sini sejak Februari lalu.

Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Kawasan Penampang Dr Lim Kai Joo berkata, klinik itu dibuka adalah sejajar dengan pemilihan Klinik Kesihatan Penampang yang dipilih sebagai calon ‘Best Practice’ Perkhidmatan Remaja peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tahun ini. 

“Sejajar dengan ini, Klinik Kesihatan Penampang telah menubuhkan Klinik Mesra Remaja yang lebih dikenali sebagai Klinik CARE4U yang telah mula beroperasi di Klinik Kesihatan Penampang sejak Februari tahun ini.

“Perkhidmatan ini disediakan untuk remaja 10 hingga 19 tahun selaras dengan dasar kesihatan remaja negara yang menekankan kesejahteraan remaja secara menyeluruh dari aspek Fizikal, sosial, mental dan kerohanian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Karnival Kesihatan Remaja peringkat daerah Penampang di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan Ahli Parlimen Penampang yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Kai Joo berkata, perkhidmatan Klinik CARE4U dapat membantu remaja untuk mendapatkan rawatan dan sesi kaunseling dalam pelbagai aspek kesihatan.

Katanya,  perkhidmatan Klinik CARE4U juga komited sepenuhnya untuk menangani isu-isu dalam kalangan remaja dan berharap usaha ini akan membawa kesedaran kepada remaja tentang pentingnya penjagaan kesihatan.

“Bagi menjayakan lagi Perkhidmatan Kesihatan Remaja ini, pihak kami di KKM memerlukan kerjasama daripada agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan untuk memastikan usaha ini tercapai.

“Skuad CARE4U dilantik secara rasmi untuk membantu mengenali dan mendekati remaja dalam komuniti masing-masing. Saya sangat berharap kerjasama antara Klinik Kesihatan Penampang dan Skuad CARE4U akan diteruskan, dan saya yakin kerjasama ini akan memberikan hasil yang amat bermanfaat pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Ewon ketika ditemui berkata,  pihaknya sentiasa mengalu-alukan semua usaha dan inisiatif KKM khususnya oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)  yang telah memulakan perkhidmatan Klinik Mesra Remaja di Klinik Kesihatan Penampang.

“Ini sesuai dengan Dasar Kesihatan Remaja yang kita perkenalkan sejak tahun 2001 dan saya ingin alu-alukan dan ingin maklumkan kepada semua masyarakat Penampang dan daerah sekitar khususnya ibu bapa untuk mengambil manfaat dari perkhidmatan yang disediakan.

“Mudah-mudahan perkhidmatan itu dapat mencapai objektif yang telah kita tetapkan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK laksana pemeriksaan berjadual ke atas pokok dibawah seliaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular