HomeIsu tempatanDBKK berjaya lupuskan 97 tan sampah

DBKK berjaya lupuskan 97 tan sampah

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya melupuskan sebanyak 97 tan sampah menerusi pelaksanaan Program ‘KK Cleanup Day 2.0: Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar yang berakhir semalam.

Program yang diadakan selama tiga hari anjuran DBKK itu adalah bertujuan bagi mewujudkan kesedaran sosial dalam kalangan penduduk dan pengusaha agar mengambil tanggungjawab lebih serius dalam menjaga kebersihan persekitaran.

“Sebanyak 32 tan sampah berjaya dilupuskan pada hari pertama dan diikuti dengan 24 tan sampah pada hari berikutan.  Manakala 41 tan lagi berjaya dilupuskan pada hari terakhir semalam.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan sampah yang telah dilupuskan sebanyak 97 tan dalam tempoh tiga hari, iaitu satu jumlah yang melebihi jangkaan dan sasaran yang ditetapkan oleh DBKK,” menurut kenyataan DBKK di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, menerusi program itu juga, DBKK amat bersuka cita untuk menerima kerjasama dan penglibatan positif daripada penduduk Kampung Lok Urai, Kampung Kasuapan, Kampung Lobong, Kampung Pulau Gaya Asli dan Kampung Torong Logong di Pulau Gaya, serta Kampung Pulau Sepanggar di Pulau Sepanggar.

“Sehubungan dengan itu, melihat kepada kejayaan pelaksanaan program pada kali ini, dapat dilihat bagaimana usaha bersama boleh memberi impak yang besar.

“Ianya turut menunjukkan komitmen dan kecekalan penduduk kampung dalam menjaga kebersihan. Syabas   dan      tahniah            diucapkan       kepada semua            penduduk Pulau Gaya dan      Pulau Sepanggar.

“Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada komuniti lain untuk menjaga alam sekitar dengan penuh tanggungjawab,” tambah kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sabah sasar pasaran pelancongan Timur Tengah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular