HomeSukanSabah FC sertai kejohanan RCTI Premium Sports di Jakarta hujung bulan ini

Sabah FC sertai kejohanan RCTI Premium Sports di Jakarta hujung bulan ini

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC kini diiktiraf di peringkat Asia Tenggara selepas mendapat jemputan Kejohanan Antarabangsa RCTI Jakarta Indonersia RCTI Premium Sports bermula 30 Mei hingga 2 Jun ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, pengiktirafan itu merupakan perkembangan positif sekali gus menjadikan Sabah FC sebaris dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara yang begitu sinonim dengan kehebatan mereka dalam arena sukan bola sepak.

“Jemputan ini merupakan penghargaan kepada Sabah FC selepas pencapaian terbaik pasukan layak ke saingan Piala AFC dan berada di tempat ketiga selama dua tahun berturut-turut dalam Liga Super.

“Semua tahu Sabah FC berbelanja besar dalam membentuk pasukan yang mantap, berkualiti, sekali gus jemputan ini memberikan imej yang sangat baik bukan sahaja kepada pasukan Sabah FC malah kepada negeri Sabah itu sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mengulas mengenai kejohanan itu, Kim Swee berkata, Sabah FC mengesahkan tiada ‘Pemain Kebangsaan’ akan disenaraikan untuk menyertai kejohanan tersebut.

“Pemain sedia ada perlu membuktikan keupayaan mereka untuk layak bermain pada mana-mana kejohanan sekiranya berlaku kecederaan atau penggantungan terhadap pemain utama sepanjang kempen liga nanti.

“Sudah tentu ruang yang ada ini perlu digunakan sebaik mungkin serta mampu untuk mendapatkan momentum serta meneruskan intensiti selepas mengharungi tiga perlawanan dalam Liga Super kelak,” katanya.

Kejohanan berlangsung di Jakarta Internasional Stadium (JIS) turut melibatkan Persija Jakarta, PSIS Semarang, Selangor FC.

Juara menerima hadiah wang tunai 30-ribu USD (RM142,000) beserta Piala Rajawali dan medal manakala Naib Juara 15-ribu USD (RM71,000) dan pemenang tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima hadiah wang tunai berjumlah 10-ribu USD (RM47,000) dan 5-ribu USD (RM23,000).  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

PTBNS B juara pertandingan boling trio wanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular