HomeUtamaYang Dipertua Dewan Negara meninggal dunia

Yang Dipertua Dewan Negara meninggal dunia

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kuala Lumpur : Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di Institut  Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur di sini pagi tadi.

Mendiang meninggal dunia pada jam 11.46 pagi tadi selepas menerima rawatan di IJN sejak 6 Mei lalu.

Perkara itu disahkan Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara dalam satu kenyataan hari ini.

“Dengan amat dukacita dimaklumkan bahawa Senator Datuk Mutang Tagal, Yang di-Pertua Dewan Negara telah meninggal dunia pada jam 11.46 pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

“Beliau telah menerima rawatan di sana setibanya di Malaysia pada hari Isnin, 6 Mei 2024 daripada Azerbaijan untuk lawatan kerja rasmi.

“Maklumat lanjut berkenaan pengebumian dan majlis penghormatan beliau akan dimaklumkan kemudian,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut berkata, keluarga mendiang mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman takziah serta doa yang diberikan dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada mereka di dalam menghadapi masa yang sukar ini.

Mutang,70, dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-20 dan telah mengangkat sumpah di Dewan Negara pada 19 Februari 2024.

Beliau adalah merupakan Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak, berkhidmat pada tahun 1982 hingga 1990.

Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dan praktis di dalam bidang perundangan dan pemergian beliau meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. – SABAH MEDIA / FOTO BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia rakam takziah, simpati pada Iran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular