HomeIsu tempatanCharles, Jessie dan Ain juara Sugandoi Kaamatan Bandaraya KK

Charles, Jessie dan Ain juara Sugandoi Kaamatan Bandaraya KK

Read Time:1 Minute, 41 Second

Kota Kinabalu : Khoo Wei Yong @ Charles bersama dua lagi peserta Jessie Janius dan Ain Fariesha muncul juara pertandingan Sugandoi Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu yang berlangsung di pusat membeli belah Imago di sini petang tadi.

Charles bakal mewakili Kota Kinabalu, manakala Jessie dan Ain masing-masing akan mewakili KDCA Bandaraya dan KDCA Tanjung Aru.

Para pemenang Sugandoi Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu

Ketiga-ketiga mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000, trofi dan sijil.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Pengarah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Sr. Lifred Wong yang mewakili Datuk Bandar Kota Kinabalu.

Gelaran Naib Juara pula disandang Maxcresper Melon dan akan mewakili Kota Kinabalu,  Elden Isos (mewakili KDCA Bandaraya), dan Anthonio Petrus (mewakili KDCA Tg. Aru).

Manakala, tempat ketiga dimenangi Princess Padili yang akan mewakili Kota Kinabalu, May Avellyanna Kein (mewakili KDCA Bandaraya), dan Jester Jeffrey (mewakili KDCA Tg. Aru).

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 dan RM1,000 berserta sebuah trofi dan sijil.

Dalam pada itu, Ain Fariesha berjaya dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik dan Jessie Janius memenangi Persembahan Terbaik.

Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai bernilai RM500.

Dalam acara berasingan, penyanyi cilik Muhlis Husrev Ozkan berjaya dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir Sugandoi Dazanak Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu yang berlangsung di Centre Point Sabah.

Muhlis membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 beserta sebuah trofi dan sijil.

Muhlis Husrev Ozkan (tengah) bersama pemenang Sugandoi Dazanak Kaamatan

Beliau akan mewakili Bandaraya Kota Kinabalu di pentas akhir Sugandoi Dazanak peringkat negeri yang akan diadakan di Dewan Hongkod Koisaan KDCA pada 30 dan 31 Mei depan.

Sementara itu, Chloe Elzzea dinobatkan sebagai Naib Juara dengan hadiah wang tunai bernilai RM900, manakala Mia Chantal Giwod Kinsuat telah mendapat tempat ketiga dan memenangi RM800. Masing-masing mereka juga membawa pulang sebuah trofi dan sijil.

Saguhati telah dimenangi oleh Hannaleigh Annavau Suimin dan Hannah Jean.

Juara akan bertanding di peringkat negeri mewakili Kota Kinabalu, Naib Juara mewakili KDCA Bandaraya dan tempat Ketiga mewakili KDCA Tanjung Aru. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular