HomeSukanSabah FC sasar kemenangan pertama di Kelantan esok

Sabah FC sasar kemenangan pertama di Kelantan esok

Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Kinabalu: Sabah FC mahu mencipta kemenangan pertama pada aksi saingan Liga Super menentang Kelantan Darul Naim FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, bagi tujuan itu beliau mahu memastikan isu penyudah tumpul dapat diselesaikan selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Penang FC di Likas Ahad lalu.

Katanya, tumpuan Sabah FC kali ini adalah bagaimana pemain dapat memastikan gol dapat dicipta menentang Kelantan Darul Naim FC sekiranya ingin mencatat kemenangan sekali gus memberi motivasi kepada pasukan.

Datuk Ong Kim Swee

“Sasaran kita adalah ingin beraksi cemerlang dalam setiap perlawanan apa lagi untuk meraih tiga mata malam esok. Apa yang lebih penting di sini, adalah semua pemain perlu kekal fokus dengan apa juga corak permainan nanti.

“Sabah FC menganggap perlawanan malam esok sangat penting untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan sekali gus memastikan pulang dengan satu keputusan yang sangat positif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menyentuh berkaitan persiapan menentang Kelantan Darul Naim FC, Kim Swee berkata, sebelum ini Kelantan tewas kepada Sri Pahang FC dengan jumlah jaringan yang  kecil dan menjangkakan perlawanan malam esok pasti menjadi satu perlawanan  yang cukup sengit.

“Keputusan tersebut membuktikan Kelantan bukan lagi seperti pasukan kelantan yang sudah kita ketahui sebelum ini ataupun pada musim lepas.

“Tugas Sabah FC lebih mencabar, perlawanan malam esok sudah tentu pihak tuan rumah (Kelantan) ingin mempamerkan mutu persembahan yang bertenaga dan sudah pasti akan memberi cabaran besar kepada pemain untuk mendapatkan keputusan positif,” katanya.

Katanya, setakat ini tidak ada perbezaan apabila Sabah FC bermain dengan mana-mana pasukan sekali pun kerana setiap perlawanan adalah sama penting serta memberikan fokus sepenuhnya kepada perlawanan.

“Kita akan cuba mendapatkan kemenangan pertama esok, dalam masa sama kita tahu pada saingan awal Liga Super semua pasukan bersiap sedia dengan baik.

“Semua pemain kini bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan esok sambil ingin memastikan mereka dapat mencatat kemenangan pertama di tempat lawan sekali gus menyuntik semangat untuk menghadapi perlawanan akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan akuatik mampu kembangkan potensi dan minat pelajar sekolah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular