HomeUtama400 menara telekomunikasi di Sabah siap hujung tahun ini

400 menara telekomunikasi di Sabah siap hujung tahun ini

Read Time:1 Minute, 5 Second

Tawau : Sebanyak 400 menara telekomunikasi di bawah pelaksanaan inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa Pertama dijangka siap penghujung tahun ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihak kontraktor telah menyatakan komitmen untuk menyiapkan keseluruhan menara tersebut di bawah inisiatif JENDELA Fasa Pertama di seluruh Sabah.

“Garis masa ini bukan diberikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tetapi adalah persetujuan dengan kontraktor sendiri, jadi bila mereka telah meletakkan garis masa ini dan jika gagal maka akan ada tindakan yang boleh kita ambil.

“Sekarang kita baru menyiapkan hampir 90 menara secara keseluruhan dari sasaran 400 buah menara. Banyak lagi menara yang perlu disiapkan, jadi kita akan datang hampir setiap bulan untuk mendapatkan taklimat daripada syarikat kontraktor bersekali dengan wakil daripada pejabat tanah dan juga MCMC Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikiam ketika ditemui pada Program Tinjauan Pengoperasian Menara Telekomunikasi (JENDELA) di Kampung Mangga Tawau di sini.

Fahmi berkata, pihaknya akan memberi tumpuan kepada perkara ini sehingga selesai dan ia merupakan komitmen yang di berikan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan inilah yang akan di laksanakan.

Hadir sama Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Malaysia Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui dan Ahli Dewan Undangan Negeri Balung, Datuk Hamild Awang.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular