HomeUtamaFilem “Linundus Do Koubasanan” menyingkap mesej perpaduan di sebalik kemeriahan Kaamatan

Filem “Linundus Do Koubasanan” menyingkap mesej perpaduan di sebalik kemeriahan Kaamatan

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Sempena sambutan Pesta Kaamatan tahun ini, PETRONAS mempersembahkan filem pendek “Linundus Do Koubasanan” (Seindah Tradisi), yang menyingkap mesej pentingnya perpaduan dan tradisi dalam memupuk keharmonian masyarakat.

Filem ini dihasilkan menerusi arahan bersama Bebbra Mailin dan Rewan Ishak yang telah berjaya memberikan sentuhan istimewa dalam mengetengahkan kemeriahan sambutan Pesta Kaamatan.

Penggambaran Linundus Do Koubasanan berlangsung di Kampung Kiau, sebuah desa di lembah Gunung Kinabalu, yang telah menjadi inspirasi dalam pengolahan filem ini kerana keunikan landskapnya, sekali gus memaparkan keindahan sinematografi.

Majlis pra tonton tayangan eksklusif filem itu berlangsung di Imago Shopping Mall, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun dan Ketua PETRONAS Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab serta pengamal media tempatan dan nasional turut hadir menyaksikan tayangan filem tersebut.

Jeffrey turut teruja menyaksikan tayangan filem itu yang menggambarkan salah satu budaya tradisi masyarakat di Sabah yang masih menjadi amalan sehingga kini.

“Saya sangat teruja terutamanya dengan tajuk filem tersebut ‘Linundus Do Koubasanan’ para pelakon berjaya menyampaikan mesej yang penting seperti pentingnya mengamalkan tradisi warisan kita,” ulasnya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik, Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Siti Azlina Abdul Latif berkata, diilhamkan oleh semangat Kaamatan, ‘Linundus Do Koubasanan’ menekankan kepentingan memelihara warisan budaya kita daripada generasi ke generasi.

“Melalui filem ini, kami juga ingin menonjolkan peranan penting perpaduan dan tradisi dalam mengekalkan keharmonian masyarakat,” katanya semasa berucap pada majlis pra tonton eksklusif filem itu.

Menurutnya, filem ini memaparkan kisah Fridden, seorang budak lelaki yang ditugaskan oleh bapanya untuk membantu membuat persiapan menjelang perayaan Kaamatan.

“Penonton diperkenalkan kepada pelbagai aspek cara hidup masyarakat, daripada amalan tradisi dan dialek tempatan, hinggalah kepada cabaran dan kejayaan dalam kehidupan seharian,” katanya.

“Linundus Do Koubasanan” boleh disaksikan di saluran YouTube https://youtu.be/5PmkiQD6EeQ dan Facebook rasmi PETRONAS facebook.com/819118286753940 mulai hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular