HomeIsu tempatanSabah sasar pasaran pelancongan Timur Tengah

Sabah sasar pasaran pelancongan Timur Tengah

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu: Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri ini.

Baru-baru ini, Lembaga Pelancongan Sabah (STB) telah menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.

Berikutan itu, pengusaha utama perniagaan perniagaan Arab menzahirkan minat terhadap pasaran pelancongan di Sabah.

Naib Presiden Kanan Qatar Airways (Wilayah Timur), Marwan Kolelist berminat dengan pasaran di sini dengan menyifatkannya sebagai mampu milik.

STB sebelum ini telah bekerjasama dengan Qatar Airways selama beberapa bulan bagi mewujudkan kempen kesedaran dari Disember 2023 sehingga Januari 2024.

Kerjasama strategik ini mensasarkan bagi memperkenalkan Sabah kepada para pelanggan Qatar Airways, sekali gus membuka laluan untuk menarik minat dalam kalangan pelancong Timur Tengah ke negeri ini.

Pengurus Kanan Discover Qatar Angus Tandy berkata, pihaknya bersetuju untuk bekerjasama dengan pelancongan Sabah dan mahu bersama-sama mewujudkan kempen pemasaran bagi memperkenalkan pakej pelancongan kepada negeri ini.

Perkembangan itu telah dimaklumkan kepada kepada pasukan STB, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Julinus Jeffery Jimit, semasa penglibatan perbincangan di Arabian Travel Market (ATM), Dubai yang berlangsung dari 6 sehingga 9 Mei 2024.

Selain itu, pasukan STB juga menerima maklum balas positif dari Holidays by Flydubai dan Saudia Holidays untuk memasukkan Sabah sebagai destinasi pelancongan baharu di Malaysia kepada para pelanggan mereka.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular