HomeIsu tempatanPenduduk kampung bakal nikmati jalan raya lebih selesa

Penduduk kampung bakal nikmati jalan raya lebih selesa

Read Time:1 Minute, 11 Second

Beaufort : Pemimpin akar umbi disemua peringkat mampu menjadi ‘tulang belakang’ yang penting kepada Kerajaan dalam memastikan masalah rakyat dapat diperjuangkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata, ia penting agar keselesaan dan keperluan penduduk terus terjaga khususnya melibatkan jalan raya, air dan elektrik.

“Alhamdulilah pada pagi ini (semalam) kita telah melaksanakan simbolik naik taraf jalan raya Kampung Kepawa ke Kampung Naparan sejauh 1.8 kilometer (KM).

“Sudah tentu ini adalah hasil kerjasama pemimpin akar umbi yang sentiasa menjadi ‘tulang belakang’ kepada Kerajaan yang telah menyuarakan dan berusaha sedaya upaya dengan pimpinan agar keperluan jalan raya ini dinaik taraf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis simbolik naik taraf jalan Kampung Kepawa ke Kampung Naparan di sini semalam.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, pihaknya berharap apabila jalan itu siap dinaik taraf akan dapat memberi keselesaan kepada penduduk kampung terlibat dalam menjalankan rutin harian.

“Ini termasuklah dalam melaksanakan aktiviti seharian seperti menghantar anak ke sekolah, ke pekan dan sebagainya.

“Begitu juga buat para petani dapat membawa hasil tanaman mereka untuk dijual sama ada di tamu atau di pasar,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor atas keprihatinan yang telah meluluskan projek menaik taraf jalan berkenaan.

Dalam majlis itu, beliau telah menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 10 orang asnaf dan juga cabutan bertuah kepada penduduk kampung dan sekitar yang hadir menyaksikan majlis ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular