HomeIsu tempatanKPJ Sabah laksana program amal di Rumah Sabah Cheshire

KPJ Sabah laksana program amal di Rumah Sabah Cheshire

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu: Satu program amal telah dianjurkan oleh jururawat Hospital Pakar KPJ Sabah ke Rumah Sabah Cheshire di Likas di sini baru-baru ini.

Program amal ini juga melibatkan penyertaan tujuh Unduk Ngadau Kaamatan Negeri Sabah pada tahun lalu.

Program amal Hospital Pakar KPJ Sabah ini adalah sempena dengan Hari Jururawat Sedunia serta perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan di Sabah pada bulan Mei setiap tahun. 

Rumah Sabah Cheshire menyediakan penjagaan dan perlindungan untuk orang kurang upaya tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. 

Pengasas jururawat iaitu Florence Nightangle adalah seorang yang berani dan memberi inspirasi dalam penjagaan kesihatan pesakit. 

Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ Sabah, Mohamad Faizal Mohamed berkata, program amal jururawat ini merupakan salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat Hospital Pakar KPJ Sabah di mana ia memberi kembali kepada masyarakat dan memberi impak positif kepada kehidupan mereka yang memerlukan.

“Ia juga bertujuan meraihkan penghuni-penghuni Rumah Sabah Cheshire sempena bulan Pesta Kaamatan bersama-sama dengan Unduk Ngadau Kaamatan KDCA Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sempena dengan program amal itu, jururawat KPJ Sabah telah memberi sumbangan berupa makanan dan barang-barang dapur, dua unit kerusi roda cerebral palsy dan dua unit kerusi roda biasa. 

Pihak KPJ Sabah serta Unduk Ngadau Kaamatan juga telah menanam pokok dan sayuran di tapak kebun Rumah Sabah Cheshire. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular