HomeUtamaSistem Pengurusan KKP UMS diiktiraf peringkat antarabangsa

Sistem Pengurusan KKP UMS diiktiraf peringkat antarabangsa

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menjadi sebuah model Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terbukti telah mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, ia menerusi pelaksanaan Sistem Pengurusan KKP yang telah diiktiraf diperingkat antarabangsa.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas buat UMS di atas pencapaian yang cemerlang dalam pengurusan KKP sehingga dinobatkan sebagai  pemenang   anugerah   KKP Negara bagi kategori IPT dan sekaligus merangkul kategori CEO.

“Usaha gigih pihak pengurusan UMS dengan kerjasama semua warga UMS telah meningkatkan kesedaran warga UMS tentang kepentingan KKP dalam aktiviti seharian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari OSH Sedunia dan Penutupan Minggu OSH peringkat UMS di sini hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar turut berharap pencapaian itu akan memberi inspirasi dan contoh kepada IPT awam dan swasta yang lain di Sabah.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pertubuhan Antarabangsa (ILO) merekodkan sekurang-kurangnya 2.41 bilion pekerja terdedah dengan haba berlebihan di tempat kerja setiap tahun.  

Katanya, setiap  tahun  juga,  terdapat 22.85 juta kecederaan pekerjaan, 18,970 kematian berkaitan kerja yang dikaitkan dengan haba berlebihan.

“Tidak cukup dengan itu, kesan perubahan iklim lain seperti radiasi ultraviolet, peristiwa cuaca ekstrem, pencemaran udara di tempat kerja, penyakit bawaan vektor dan agrokimia juga membawa ancaman kepada kesihatan pekerja.

“Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) menggariskan lima kesan kesihatan utama perubahan iklim, iaitu Penyakit berkaitan haba; Penyakit pernafasan; Kesan kesihatan fizikal dan mental;  Penyakit bawaan serangga dan kesan kesihatandisebabkan racun serangga,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Utama

Gagasan Rakyat Likas jadi rakan strategik DBKK bagi penduduk di DUN...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular