HomeUtamaJambatan Kg Lungkidau dibina semula tahun ini

Jambatan Kg Lungkidau dibina semula tahun ini

Read Time:1 Minute, 35 Second

Ranau: Penduduk sekitar Kampung Lungkidau di sini bakal mendapat sebuah jambatan baharu yang akan dibina semula selepas ianya runtuh dilanda arus deras pada 2017 dengan kos RM25 juta tidak lama lagi.

Jambatan yang merentasi Sungai Liwagu itu pernah dibaiki pada 2020 namu ianya sekali lagi runtuh pada  2022 menyebabkan lebih 1,000 penduduk terjejas.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, jambatan berkenaan sebelum ini telah mendapat perhatian Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika Kembara Borneo Yang di-Pertuan Agong pada September tahun lalu.

Katanya, kerja reka bentuk dan penyediaan dokumen tender untuk projek pembinaan jambatan itu kini sudah disiapkan 

Menurutnya lagi, tender projek itu akan dibuka pada awal bulan depan dan dijangka surat setuju terima atau lantikan kontraktor yang berjaya dapat dibuat pada Oktober depan.

“Seterusnya kerja-kerja memasuki tapak dan pembinaan boleh dibuat dan saya difahamkan tempoh pembinaan jambatan itu akan memakan masa selama 24 bulan dari tempoh lantikan kontraktor.

“Reka bentuk jambatan baharu itu berbeza berbanding apa yang dibina sebelumnya. Kos sekitar RM25 juta,” katanya selepas lawatan ke lokasi jambatan terbabit di Kampung Lungkidau, di sini, semalam.

Pada 6 September tahun lalu, Al-Sultan Abdullah yang dalam perjalanan Kembara Kenali Borneo dari Sandakan ke Ranau berhenti di lokasi jambatan berkenaan dan melihat kerosakan yang dialami sebelum baginda sendiri menyuarakan perkara itu kepada kerajaan.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya negeri, berkata susulan perhatian diberikan Al-Sultan Abdullah itu, pihaknya bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited untuk melaksanakan pembinaan jambatan baharu di kampung terbabit.

Dalam pada itu, sementara menunggu pembinaan jambatan baharu itu siap, Shahelmey berkata sebuah jambatan gantung baharu disediakan bagi memudahkan penduduk menyeberangi Sungai Liwagu.

“Jambatan gantung itu sudah dalam proses pembinaan dan dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga bulan dari sekarang.

“Bagaimanapun, jambatan ini hanya untuk laluan pejalan kaki, bukan untuk kenderaan. Ia bagi memudahkan penduduk menyeberangi sungai,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular