HomeUtamaSatu lorong dibuka untuk laluan sementara Penampang - Keningau

Satu lorong dibuka untuk laluan sementara Penampang – Keningau

Read Time:27 Second

Kota Kinabalu : Satu lorong jalan menghubungkan Kota Kinabalu – Keningau – Tenom telah dibuka untuk laluan sementara susulan kejadian cerun runtuh di Kampung Togudon Penampang.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan memaklumkan, laluan itu dibuka sementara kerja-kerja pembersihan masih dilaksanakan.

Petang tadi jalan berkenaan tidak dapat dilalui susulan kejadian cerun runtuh akibat hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan petang tadi.

Kenyataan itu memaklumkan setakat ini tiada jalan alternatif dapat digunakan.

JKR Sabah kini sedang mengambil tindakan awal termasuk membuat pembersihan permukaan jalan dan memasang pelan pengurusan trafik. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular