HomeIsu tempatanKukuhkan intergriti warga MINDEF secara berterusan

Kukuhkan intergriti warga MINDEF secara berterusan

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Pengukuhan integriti dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan (MINDEF) perlu ditekan dan dibudayakan secara berterusan.

Ketua Setiausaha MINDEF, Datuk Seri Isham Ishak berkata, integriti merupakan tunjang utama kepada kelangsungan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi.

“Pengukuhan ini penting bagi memastikan MINDEF dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada rakyat.

“Isu-isu integriti bukan hanya terfokus kepada isu rasuah sahaja malah ia merupakan satu konsep yang lebih besar contohnya seperti ketepatan waktu, penyampaian maklumat dan perkhidmatan segera, kerahsiaan maklumat dan pengendalian dokumen terperingkat.

“Aspek tadbir urus yang baik, bertanggungjawab dan berintegriti juga perlu seiring dan menjadi nilai sepunya yang merupakan teras utama perkhidmatan awam.

“Kita tidak boleh terus kekal selesa pada sesuatu tahap pencapaian bahkan kita harus terus peka dan berfikiran terbuka untuk melakukan perubahan selari dengan perubahan persekitaran dan ekspektasi pelanggan atau rakyat yang semakin tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Tahun 2024 di sini, kelmarin.

Seramai 50 warga kerja MINDEF Sabah menerima APC bagi tahun 2023 manakala 10 pesara wajib dan pilihan turut diraikan dalam majlis berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MINDEF, Datin Roszanina Wahab, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MINDEF, Yuswan Yunus dan Pengarah MINDEF Sabah, Samasuddin Lawe.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular