HomeIsu tempatan100 peserta ikuti Kursus Sembelihan Halal Perdana 2024

100 peserta ikuti Kursus Sembelihan Halal Perdana 2024

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu :  Seramai 100 orang peserta telah mengikuti Kursus Sembelihan Halal Perdana 2024 yang dianjurkan oleh Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Program itu turut mendapat kerjasama Bahagian MUIS Halal Hub (Majlis Ugama Islam Sabah) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, baru-baru ini.

Dekan FSMP, Prof. Madya Ts. Dr. Hasmadi Mamat berkata program itu antara lain bertujuan memberi kesedaran, pendedahan, pengalaman dan latihan berkaitan sembelihan halal kepada peserta yang terlibat.

“Selain itu, kursus penyembelihan biasanya meliputi beberapa aspek penting yang bertujuan untuk memastikan proses penyembelihan dilakukan dengan teknik dan prosedur yang betul, selamat, sejajar dengan tuntutan agama dan undang-undang.

“Alhamdulilah kursus ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Semoga tahun hadapan akan dapat diteruskan kursus ini. Saya berharap semua peserta yang terlibat dalam kursus ini dapat menambah pengetahuan dan teknik berkaitan penyembelihan halal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut Hasmadi, penceramah jemputan terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian MUIS Halal Hub (Majlis Ugama Islam Sabah) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada MUIS Halal Hub, QL Agroventures Sdn. Bhd. dan Desa Plus Sdn. Bhd. yang turut menaja lembu dan ayam bagi tujuan sembelihan oleh para peserta selesai kursus.

Majlis penyampaian cenderamata dan sijil penghargaan bagi program tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Professor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor.

Turut hadir, Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Haji Mohd. Dandan @ Ame bin Haji Alidin; Ketua Pustakawan UMS, Md. Sazali Md. Salleh; Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, Alias Ahmad serta Pegawai-pegawai Kanan Universiti. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sistem solar bantu tingkat kesejahteraan komuniti luar bandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular