HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan bot kargo bawa barang kawalan tanpa permit

Maritim Malaysia tahan bot kargo bawa barang kawalan tanpa permit

Read Time:1 Minute, 17 Second

Tawau : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot kargo yang membawa muatan pelbagai barang kawalan pada jam 10 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, dalam operasi yang dilaksanakan, pihaknya berjaya mengesan sebuah bot kargo mencurigakan bergerak keluar dari Perairan Tanjung Batu menuju ke Perairan Pulau Sebatik.

“Pemeriksaan awal ke atas bot yang ditahan di kedudukan 1.5 batu nautika utara Sungai Pukol itu mendapati seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun bertindak selaku juragan bot mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan menyeluruh ke atas bot mendapati bot tersebut membawa muatan barangan kawalan.

“Antaranya seperti 48 kilogram gula pasir paket, 34 kilogram minyak masak paket, 2 tong gas LPG berisi dan tiga gelen minyak petrol anggaran 90 liter tanpa sebarang permit yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata, bot kargo, muatan serta juragan bot terbabit seterusnya ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana tidak memiliki permit.

Katanya, pihaknya akan terus melaksanakan penguatkuasaan tanpa mengira kuantiti barangan yang dibawa berikutan modus operandi pengusaha membawa muatan secara berulang diambil kira.

“Kesemua barangan termasuk bot kargo,enjin dan muatan dengan anggaran nilai RM24,000 ditahan untuk siasatan selanjutnya.

“Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan dan mengoptimumkan pengoperasian bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE),” katanya – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular