HomeSukanD'Sha Muayfit Tawau lakar sejarah muncul juara Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak...

D’Sha Muayfit Tawau lakar sejarah muncul juara Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak 2024

Read Time:41 Second

Bintulu : Pasukan D’Sha Muayfit Tawau berjaya melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak 2024, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pasukan mewakili negeri Sabah itu berjaya menampilkan aksi cemerlang sepanjang tiga hari kejohanan dengan meraih 12 pingat keseluruhan iaitu 10 emas dan dua perak.

Manakala tempat kedua turut di dominasi satu lagi kelab dari Sabah iaitu Muaythai Sabah juga dengan 12 pingat keseluruhan, sembilan emas dan tiga perak.

Bagi tempat ketiga adalah milik kelab Muaythai Kenyalang dengan 14 pingat keseluruhan, lapan emas dan enam perak.

Sementara itu, Sting Muaythai Club yang meraih 19 pingat keseluruhan, tujuh emas, 11 perak dan dua gangsa menduduki tempat keempat.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim di Naim Paragon Street Mall, Bintulu pada Ahad lalu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular