HomeUtamaKPDN Sabah catat nilai rampasan lebih RM3.2 juta atas pelbagai kesalahan

KPDN Sabah catat nilai rampasan lebih RM3.2 juta atas pelbagai kesalahan

Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya mencatat nilai rampasan sebanyak lebih RM3.2 juta atas pelbagai kesalahan yang direkodkan sehingga semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDN Sabah Zulfamy Mat Udi berkata, dari jumlah itu sebanyak 407 kes telah berjaya dihasilkan menerusi pemeriksaan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan pihaknya sejak awal tahun ini.

“Dari segi tindakan kompaun, sejumlah RM 47,900 telah dikutip KPDN Sabah dengan anggaran nilai sitaan atau rampasan berjumlah RM3,225,998.11.

“Kompaun dan nilai rampasan itu adalah hasil pemeriksaan ke atas 24,636 premis seluruh Sabah sejak 1 Januari hingga 28 Mei,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Dalam pada itu, Zulfamy berkata, sebanyak lapan jenis barangan telah diwartakan menerusi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan 2024 yang berkuat kuasa bermula 27 Mei hingga 2 Jun ini.

Katanya, tempoh pelaksanaan adalah selama tujuh hari iaitu selama tiga hari sebelum hari perayaan, dua hari pada hari perayaan dan dua hari selepas hari perayaan.

“Sebanyak lapan jenis barangan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Pesta Kaamatan 2024. Antaranya ialah Kepak Ayam; Daging Kerbau Import (India)(kecuali daging batang pinang); Bawang Merah Kecil (India); Bawang Putih (China); Cili Kering Kerinting; Babi Hidup; Daging Babi (Perut) dan Daging Babi (Daging Dan Lemak)

“SHMMP Pesta Kaamatan 2024 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat  pemborong dan peruncit.

“Semakan harga boleh dibuat melalui laman sesawang KPDN di https://www.kpdn.gov.my,” katanya.

Sementara itu, Zulfamy berkata, skim ini dikuatkuasakan sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan sepanjang musim perayaan Pesta Kaamatan serta memastikan keberadaan bekalannya di pasaran.

Katanya, pelaksanaan skim ini juga sebahagian dari usaha prihatin kerajaan untuk menstabilkan harga ketika permintaan dijangka meningkat bagi membolehkan rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan budaya menikmati skim ini dalam keadaan ceria dan harmoni. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular