HomeSukanTFA Kaamatan Grassroot Cup, lapan pasukan berentap di suku akhir hari ini

TFA Kaamatan Grassroot Cup, lapan pasukan berentap di suku akhir hari ini

Read Time:52 Second

Penampang: Sebanyak lapan daripada 20 pasukan yang bersaing dalam kejohanan Kaamatan Grassroot Cup anjuran Akademi Bola Sepak Tuubagu (TFA) bakal berentap dalam aksi suku akhir, hari ini.

Kesemua lapan pasukan itu mara selepas masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua dalam kumpulan mereka.

Dalam aksi suku akhir hari ini, juara kumpulan A, Sumaki FC akan berdepan SNG FC Jr yang berada di kedudukan kedua kumpulan C manakala naib juara kumpulan A iaitu Sri Keranahan  FT akan bersaing dengan Jubilo selaku juara kumpulan C.

Dua pasukan dari Keningau iaitu MMT Jr dan Inter United juga akan bertembung di suku akhir selepas masing-masing muncul juara kumpulan B serta naib juara kumpulan D.

Satu lagi aksi suku akhir menyaksikan Miruru selaku juara kumpulan D bakal berentap dengan Rimba United FC selaku naib juara kumpulan B.

Kesemua perlawanan itu akan berlangsung di Kompleks Sukan Penampang, di sini, bermula jam 8 pagi tadi.

Kejohanan sempena Pesta Kaamatan itu juga mendapat kerjasama dan tajaan daripada Yayasan Bank Rakyat, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK ST Theresa Inobong.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular