HomeIsu tempatanMRK perjuang budaya tradisi kaum KDMR

MRK perjuang budaya tradisi kaum KDMR

Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu: Pertandingan Buvazoi Tavantang Kaamatan (MRK) dilihat merupakan satu medan untuk golongan belia memperkenal dan memperjuangkan budaya tradisi kaum.

Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, selain memperkenalkan budaya tradisi, penganjuran MRK turut menjadi platform menjana ekonomi kepada pereka fesyen. 

“Sabah dikenali dengan Pageant Kebudayaan yang dikira terbesar di Malaysia malah diibaratkan sebagai pentas bakat-bakat besar serta acara-acara besar yang berprestij, tidak kira usia, lelaki atau perempuan, tua dan muda mesti saling melengkapi dan menyokong antara satu sama yang lain demi kebaikan bersama jadi seharusnya kita perlu mempunyai satu platform yang besar untuk kaum lelaki memperkenalkan budaya dan pakaian tradisi KDMR.

“Tahniah kepada penganjuran pertandingan MRK yang dibarisi oleh belia-belia yang kreatif dan berwawasan telah bertungkus lumus menjayakan atau memperjuangkan kebudayaan negeri ini, saya akan sentiasa menyokong dan membantu Jabatan Kebudayaan yang lain mengukuhkan perjuangan mereka kerana kita sangat memerlukan belia yang berani sebagai pelapis besar di masa akan datang sebagai pejuang dalam kebudayaan tidak kiralah dari segi pakaian atau bahasa etnik.

“Selain itu, MRK mampu menyediakan platform ekonomi untuk pereka fesyen atau pembuat baju tradisi mendapatkan sumber pendapatan melalui tempahan baju etnik yang digunakan oleh para peserta MRK,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Dikin Musah sempena perasmian Pertandingan Akhir Buvazoi Tavantang Kaamatan 2024 di Dewan Hongkod Koisaan, di sini semalam.

Pertandingan tersebut disertai oleh 49 peserta yang mewakili setiap daerah negeri sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular