HomePolitikDr Sangkar komited beri kerjasama baik perkukuh PKR seluruh negara

Dr Sangkar komited beri kerjasama baik perkukuh PKR seluruh negara

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Datuk Dr Sangkar Rasam menyifatkan pelantikan beliau menjadi ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai satu tanggungjawab yang besar untuk digalas demi memastikan PKR terus kukuh di negara ini.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR kerana memberi kepercayaan melantik saya menganggotai Majlis Pimpinan Pusat.

“Justeru, saya komited memberikan kerjasama yang baik demi memperkukuhkan Parti Keadilan Rakyat di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Sangkar turut berterima kasih kepada Ketua-ketua Cabang, Ketua-ketua Wanita, Ketua-ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Srikandi dan semua ahli PKR Negeri Sabah kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang beliau mengetuai PKR di negeri Sabah.

“Semoga kerjasama ini akan berterusan demi memperkukuhkan Parti Keadilan di Negeri di Bawah Bayu ini.

“Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Mustapha Sakmud atas pelantikan beliau sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang baharu semoga segala urusan dipermudahkan,” katanya.

Terdahulu, pelantikan Dr Sangkar dan Mustapha adalah susulan penyusunan semula kepimpinan yang telah diputuskan dalam mesyuarat MPP parti itu pada Ahad lepas.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular