HomeUtamaPesakit mental maut dilanggar lori

Pesakit mental maut dilanggar lori

Read Time:1 Minute, 1 Second

TAWAU: Seorang lelaki dipercayai pesakit mental maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat dilanggar sebuah lori di Batu 3, Jalan Apas di sini awal pagi tadi (6 Jun).

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin mengesahkan kejadian berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 4.40 pagi tadi.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian, mendapati kemalangan berlaku jam lebih kurang 4.30 pagi itu ketika pemandu lori Box seorang lelaki berumur 45 tahun dari arah Taman Kuhara Jaya menuju ke Pekan Semporna.

“Apabila tiba di Batu 3, Jalan Apas, ketika pemandu lori berada di lorong kanan, tiba-tiba muncul di hadapannya seorang pejalan kaki yang tidak pasti dari arah mana.

“Pemandu lori terus menekan brek dan cuba mengelak namun kerana jarak yang terlalu dekat lori terlanggar juga pejalan kaki tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Jasmin, pejalan kaki meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan lanjut pihak polis, mendapati mangsa pejalan kaki berumur 44 tahun itu merupakan seorang pesakit mental yang mempunyai kad Orang Kurang Upaya (OKU).

“Bagaimanapun, pihak polis masih meneruskan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa adakan lawatan singkat ke Brunei Darussalam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular