HomeUtamaPenulisan sasterawan bantu lahirkan pandangan dalam pembangunan negara

Penulisan sasterawan bantu lahirkan pandangan dalam pembangunan negara

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Para penulis dan sasterawan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara khususnya dalam melahirkan pandangan dan saranan melalui penulisan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, ia termasuklah dalam penulisan genre cerpen, puisi, novel puisi esei dan juga penulisan sastera lainnya.

“Kehadiran para pelajar termasuk dari institusi pengajian tinggi dalam seminat ini juga diharap dapat menjadikan seminar untuk menanam dan menyuburkan lagi minat mereka dalam bidang kesusasteraan dan penulisan.

“Selain itu ia juga dapat menjadi wadah untuk melahirkan idea-idea kea rah, pembinaan masyarakat yang progresif dan maju jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan seminar pemikiran di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah di sini semalam.

Ruslan berkata,  program yang diadakan itu turut memperkatakan mengenai dua orang tokoh penulis yang sudah lama bergiat dalam lapangan atau bidang sastera serta penulisan tanah air, khususnya di negeri Sabah iaitu Saudara Juri Durabi dan juga Siti Rahmah G. Ibrahim.

Katanya, kedua-dua penulis ini merupakan tokoh penulis yang bergiat aktif di Sabah dan malah di peringkat kebangsaan, dan serantau, sejak awal tahun 1980-an lagi.

“Mereka aktif dalam Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) dan menghasilkan banyak buku, yang mana, menjadi khazanah warisan bangsa kita.

“Mereka juga banyak menerima Hadiah Sastera Sabah, dan pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

“Mereka turut mendapat, pelbagai anugerah lain, di peringkat negeri Sabah dan sentiasa menjadi idola para penulis muda di Sabah, yang melayakkan mereka diktiraf, sebagai toikoh penulis, sesuai dengan penglibatan dan keterampilan mereka, dalam bidang penulisan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular