HomeIsu tempatanProgram kebudayaan di sekolah suburkan elemen perpaduan

Program kebudayaan di sekolah suburkan elemen perpaduan

Read Time:1 Minute, 49 Second

Tuaran:   Kerajaan menggalakkan penganjuran program kebudayaan di sekolah untuk menyuburkan lagi perpaduan dalam kalangan murid, ibu bapa serta guru.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim berkata sambutan perayaan yang diraikan oleh masyarakat yang berbilang kaum menjamin keharmonian dan keamanan rakyat.

“Kerajaan sememangnya menggalakkan penganjuran program kebudayaan seumpama ini, terutamanya di sekolah, kerana perbezaan budaya membolehkan kita semua mempelajari dan memahami falsafah setiap kaum.

Jahid (dua dari kiri) ketika menerima cenderamata dalam majlis tersebut

“Semangat perpaduan yang terjalin daripada sambutan-sambutan perayaan seperti ini dapat menyemai rasa kasih sayang dan mengikis perasaan mementingkan diri sekaligus menjamin keharmonian dan keamanan rakyat khususnya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Perayaan Hari Guru dan Pesta Kaamatan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) C Chung Hwa Tamparuli di sini semalam.

Jahid berkata, sambutan perayaan Pesta Kaamatan itu turut dikongsi dan diraikan bersama-sama dengan murid yang berlainan bangsa, latar belakang serta agama di sekolah tersebut.

“Sebagai sekolah yang terdiri daripada 70 peratus murid kaum Kadazan Dusun, Pesta Kaamatan ini tentunya memiliki makna yang sangat mendalam bagi kita semua Pesta Kaamatan adalah waktu untuk merayakan keberhasilan dan kerja keras sepanjang tahun.

Suasana ketika majlis berlangsung.

“Walaupun majoriti murid sekolah ini berasal dari kaum Kadazan Dusun, Pesta Kaamatan ini turut dirayakan oleh semua murid yang berbilang kaum dan ini merupakan adalah cerminan dari semangat perpaduan dan keharmonian yang ada di sekolah ini.

“Kita seharusnya bersama-sama dalam meraikan keanekaragaman ini dengan penuh rasa hormat dan kebanggaan dan merupakan masa untuk mengeratkan hubungan antara kita saling mengenal lebih dekat dan merayakan kebudayaan masing-masing dengan saling menghargai sesama,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap, Jahid turut mengingatkan warga sekolah serta ibu bapa agar sentiasa bersyukur dan saling menghargai satu sama lain baik dalam aspek kebersamaan, perpaduan mahupun penghormatan terhadap budaya serta tradisi.

Hadir sama, Penaung Penasihat Lembaga Pengurusan Sekolah, Chrisnadia Sinam, Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, Herman Tunggiging, Timbalan Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Tamparuli, Ronnie Soon dan Guru Besar SJK (C) Chung Hwa Tamparuli, Koh Chin Leung.

Antara aktiviti yang berlangsung pada majlis tersebut ialah penyampaian bunga ros kepada guru, nyanyian lagu, cabutan tiket bertuah, tarian dan penyampaian hadiah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular